aku suka sangat baca blog2 orang.. suka baca tentang kehamilan kawan2 blog aku, kehilangan orang2 yang tersayang kawan2 blog aku, dan cerita tentang pengalaman bersalin kawan2 blog aku.
sebab aper aku suka baca blog2 mengenai 3 perkara tue jer.
Kehamilan :-
aku pun penah mengalami kehamilan tue. so, kiranya berkongsi cerita, berkongsi pengalaman la kan..lain orang, lain ragamnya. mcm aku, 3bulan pertama, tak teruk mana pun morning sickness yang aku kena. alhamdulillah la kan..makan tak baper nak selera tue standard la..lepas makan jer, muntah balik tue pun standard pada aku..alhamdulillah sangat2, aku takat tak lalu nak makan dan bila aku paksa diri aku makan, aku akan muntah balik. berbanding dengan kawan2 blog @ kawan2 aku yang lain smpai kena admit ward sbb mabuk yang teruk, aku ok lagi la..BERSYUKUR SGT2 dipermudahkan..
Pengalaman Bersalin :-
pengalaman nie pun aku ada..alhamdulillah jugak, aku dipermudahkan urusannya oleh ALLAH S.W.T..walaupun aku bersalin genap2 40minggu, baby aku lahir dengan semangat nyer (3.87kg) walaupun dok lama dlm perut mama dia. tak lemas, sakit pun tak lama (walaupun 5jam dlm labour room, tapi rasa mcm kejap la berbanding ada yang seharian dlm labour room), sihat walafiat tanpa sebarang penyakit..moga2 allah terus memberikan kesihatan yang baik pada anak aku..
Kehilangan orang tersayang :-
setakat nie, aku bukan la tak penah kehilangan. aku penah hilang pakcik aku, atuk dua2 belah keluarga, nenek dua2 belah keluarga. cuma kehilangan mereka masa aku kecil. tak terasa sangat kehilangannya..
yang paling beri kesan pada aku pun, sewaktu kematian bapa mertuaku..masa abah pergi, aku dan abang baru je kahwin..abah pergi sebab kanser tekak. start sakit seminggu selepas pernikahan dan perkahwinan aku. msa mula2 sakit, abah sakit tekak. susah nak menelan makanan. pergi hospital ampang. buat pemeriksaan. disahkan sakit kanser tahap 4. pilihan yang ada hanya membuat rawatan radioterapi dan kimoterapi. keadaan kesihatan abah aku ketika itu tidak mengizinkan dimana dia ada darah tinggi dan kencing manis. usia pun da lanjut yang tidak memungkinkan dia boleh menjalani rawatan tue. kami sekeluarga decide tak nak buat rawatan tue. taknak abah ditebuk dileher dia. tak sanggup. hanya semangat abah yang kuat yang membolehkan dia bertahan sehingga 4bulan. bayangkan, 4bulan tanpa dapat makan. hanya berbekalkan air sahaja..makin lama dia sakit, makin susah dia nak menelan air..sehingga ke hujung2 usia abah, abah hanya dpat rasa air tue membasahi bibir dia sahaja tanpa dapat menelan air tu walaupun setitik..akhirnya, abah dijemput oleh PENCIPTANYA pada 4 Mac 2009 tanpa sempat melihat cucu (anak aku) yang ketika itu dalam kandunganku. abah pergi di melaka. kita orang sempat bawa pulang abah ke kampung halaman (melaka) seperti apa yang abah minta.
dari apa yang aku baca kat blog kawan2 blog aku, mereka kehilangan baby yang dikandung, kehilangan anak yang ditatang sepenuh kasih sayang, kehilangan adik yang paling rapat, kehilangan suami membuatkan aku bangga dengan dorang semua. dorang amat2 tabah menghadapi ujian allah. kalau aku ditempat dorang, belum tentu aku boleh setabah dorang semua..
aku memang tak dapat bayangkan perasaan aku macam mana kalau aku yang kehilangan anak ketika dalam kandungan. walaupun dalam kandungan, tapi ianya amat2 berharga. tiap waktu, tiap detik kita merasa tendangannya, pergerakannya..dari hari ke sehari kita nantikan kelahirannya ke dunia ini. tapi dah ditakdirkan ianya pergi tanpa sempat kita susukan dia. tanpa sempat kita dodoikan dengan kalimah2 allah setiap kali kita nak tidurkan dia..tanpa sempat kita mandikan dia sepertimana baby2 yang lain. SUBHANALLAH, aku tak dpt bayangkan kalau aku yang kehilangan..anak aku sakit kuning sehingga dia 40hari pun aku da tak senang duduk..setiap ari menangis..tiap2 waktu perhatikan anak aku..msih bernyawa kah dia..sungguh aku takut kehilangan dia..tu baru sakit, aku da mcm tue..kalau aku terus kehilangan dia, isk, sungguh tak dpt dibayangkan..minta dijauhkan..
aishah tabik sangat2 dengan semangat akak2 semua..
semoga allah terus memberikan semangat yang kuat pada akak2 semua..
dan semoga allah terus pelihara anakku dari segala penyakit..AMIN
No comments:
Post a Comment