Mama & Abah Zahin Bersatu

Daisypath Anniversary tickers

budak hensem semakin membesar

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, January 26, 2011

demam

*muka budak demam*

isk, lama sungguh la tak membebel kat sini
takde orang nak baca
tak kisah pun
yang aku tau, aku ada tempat tuk membebel

dulu, slalu membebel kat diari
sudahnyer, tertinggal kat tmpat lama
then org lain jumpa
malu makkkkkkkkk wehhh

la nie
insaf
tak mo diari2 la bagai
zaman pun da moden
mana main diari2 ni lagi

ahmad zahin demam
just batuk je sebenarnya
tapi azabnyer
siang hari, ligat dia main
malam hari,
amek ko
batuk tak henti2
susah dia nak tido
sian dia
4malam da rasa aku tido aku ngan dia tak nyenyak
dia siap muntah lagi
aduiii
sakit jiwa aku dengar
mcm kena siat2 je ati aku nei

tadi bawa g klinik kerajaan
berjam tunggu
sudahnyer dpt 1 ubat jer
ubat batuk
klu g klinik swasta aritue
kena nebulizer
kurang2 kurang la dia nyer kahak
g kerajaan
dpat aper?
ubat jer la

smpai opis, lagi setengah jam
waktu makan
jawabnyer takde la g makan
nasib da makan kat umah tadi

tekak pun sakit
tanda2 nak demam
kalu nak demam,
demam minggu dpan eh
leh mc
takyah cuti
wahhahhahahah

Tuesday, January 18, 2011

kesan yang kedua, hari yang kedua

arini pakai lagi PREMIUM BEAUTIFUL
nak test leh muat ke tak
kebaya ketat aku yang aku pakai 3tahun sudah

masih muat korang..
serius
siap berbentuk lagi badan aku yang da sedia lari allignment dia
budak2 mahkamah
pegawai2 mahkamah smua kerumun aku
tanya apa rahsia

mana ada rahsia ape2
pakai PREMIUM BEAUTIFUL jer
hehehehee
ada lagi yang tak percaya
siap pegang2 badan aku
da pegang
baru percaya yang aku pakai
set PREMIUM BEAUTIFUL

jadi ratu kebaya aku arini
hahhahahah
*gambar nati la aku upload ok*

ni bukan rekaan
betul2 punyer testimoni
aku pakai selama 8jam ari bekerja

balik umah, buka set
badan masih lagi terbentuk

tak percaya,
boleh cuba sendiri

suami aku pun cakap
"badan mama da kurus la"

aku tau, dia tak perli
dia mmg jujur

nak kurus makan jusmate 5,
berminggu, berbulan
baru nampak kesan
aku pakai PB, dua ari jer,
baju 3tahun sudah, aku muat pakai

pk sendiri la
mana lebih berkesan
:-P

Monday, January 17, 2011

kesan yang pertama

malam tadi, aku dpt set beautiful sponsored by cik puan besar
sampai rumah jer
terus cuba pakai
pakai satu set

kebetulan
tengah sakit pinggang sangat2
pakai bengkung beautiful
tido kejap dalam masa 2jam

bangun tido,
buka bengkung
terus hilang rasa sakit tue
serius
tak tipu

atas sbb itu,
saya akan terus
dan nekad
pakai bengkung nie
untuk tempoh 3bulan
tanpa "cuti"

nati kita sama2 tengok hasilnya, :-p

Friday, January 14, 2011

kurus macam aku

takde sebarang rahsia pun badan aku leh kurus cmnie
bayang kan eh
masa bujang smpai kahwin (belum ngandung)
berat aku maintain 48kg
dengan tinggi aku nie
nampak sangat aku kurus

bila ngandung 9bulan 9hari
berat aku cecah 68kg
beza 20kg tue
besar tak besar la aku

sekarang nie
badan aku da turun balik
ke paras normal
takde la kembali ke 48kg tue kan
skarang nie 52kg

tapi ok la kan
ko ingat senang nak turunkan 20kg tue sekelip mata?
hohohohohohoh

untuk yang susah turun,
ada cara nak turunkan berat badan
tak payah susah2 nak g slimming
tak payah susah2 nak makan jusmate 5 la
beyoung la
bagai2 tue

cuma pakai premium beautiful jer
rasa ramai da tau pasal product nie
aku da pakai
mmg ada kesan
serius

berminat,
korang contact
dengan dia
kalau korang takleh bayar cash
bleh buat installment
yang penting
takde paksaan
nak,
boleh bincang ngan puan besar
tak nak
tak per...
tapi jangan menyesal
hahahahahahha

lagi kes dera

semalam, semalam baca paper,
mati kena dera ngan ibu tiri
budak usia 3tahun
ngan kesan deraan 73 kesan
rupanya si bapa budak ni pun kaki dera jugak
padan la si ibu tiri takde rasa kasihan bila nak dera anak tiri dia
sbb bapa kandung pun kaki dera
cmner tue??

arinie baca paper
ada lagi kes dera
kena dera ngan ibu kandung sendiri
mungkin buta
bayi umur setahun
lebih kurang sebaya ngan anak aku
bayi setahun, dia tau aper
naper sampai nak ditumbuk sebegitu rupa
tak sayang ker
anak sndiri tau
bukan anak orang lain

aku ni garang jugak
tapi alhamdulillah la
setakat nie
kalau aku hilang sabar sikit
takat jerit je aku nie
tangan tak memukul lagi

dpat kakak ipar aku
tangan laju je lepuk anak dia
aku tengok pun kesian

anak aku
aku marah, dia pandang
patu dia jelir lidah kat aku

pagi tadi, dia main air
sampai abis mekap aku
aku jerit
dia leh gelak
sbb tengok muka aku penuh air
tengok dia gelak
sejuk balik ati aku
tengok muka comel dia tu
terus tak smpai hati
nak marah2 dia lagi

kan bagus
kalau mak2 yang kaki dera tue
marah jer
tengok muka anak
yang suci bersih tue
tak sejuk ke ati korang ha?
smpai tegar pukul anak
dera anak?

yang dera, citer lain
yang buang, lagi satu hal

tak faham aku
dorang tak sakit agaknyer bila bersalin
then sesuka ati je buang
macam buang sampah
tak takut balasan ALLAH ker??

SUBHANALLAH

Thursday, January 6, 2011

keputusan terbaik

aku nak matikan polisi insurans nyawa aku
walaupun aku tau, zaman sekrang nie, insurans nyawa sangat2 penting
tapi pada aku
anak aku lebih penting
aku nak gunakan duit yg aku carum kat insurans tue
masuk dalam tabung haji dia
aku harap keputusan yang aku ambil ni, adalah keputusan yang terbaik
untuk keluarga aku
Semoga ALLAH berikan petunjuk pada aku
insyallah
*nak cari polisi utk si kecik*

serasi bersama

aku dengan bos aku arini sama2 mengantuk
mula2 dia gelakkan aku
taip ntah ape2
sbb ngantuk sngt kan
then bila aku da segar bugar
dia plak ngantuk
hahahhahaha
oleh kerana dia da ngantuk,
so, selamat la aku dari kena type award dia
hahahaha
sambung esok katanya
esok ari jumaat,
kalau namanya jumaat, masa cpat sangat berlalu, kan...

*tahun nie, aku nak kerja sungguh2..target something nie..INSYAALLAH*
*lebih lama aku kerja dengan dia, makin SERASI aku dengan dia*
* dia mmg seorang bos yang sangat2 BERDISIPLIN tapi BAIK HATI walaupun dia bukan bangsa aku*

Tuesday, January 4, 2011

jelesnyer

arini abah zahin cuti
cuti g tinted buah hati dia lagi sorang tue
apa lagi kalau bukan WUN 8045 dia tue
baucer tinted dia expired arinie
so, kena la tunaikan jugak baucer tinted tue
RM500 tue
sangat la rugi okeh kalau tak dipakai
kalau pun tinted tue harganyer lebih RM500
tambah sikit je lagi
takde la banyak sgt belanjanyer..

jadi aku sangat la jeles kalau abah zahin cuti sorang
aku nak cuti
tapi tak apply pulak
tak mo la el
sbb nak buat rekod baik taun nie
hahahahahah

pagi tadi, g keje, ahmad zahin leh melalak mcm biasa
sian dia
beriyer2 menangis
kalau la ktaorg ni ada car sit
mau aku suh abahzahin bawa dia anta aku
masalahnyer takde...
terpaksa la tengok dari jauh
si zahin menangis
sekali dua menangis jugak la aku tengok dia
ni da biasa
hati da lali...

Monday, January 3, 2011

Tahun Baru

setiap kali tahun baru jer, konon2 nak buat azam la
sampai ke sudah, takde nyer pernah tertunai
aku rasa aku ni mmg tak leh buat azam la kot
kalau nak berubah, berubah terus
kalau nak capai apa2, capaikan terus
tak payah la nak berazam bagai
mmg takkan tertunai punyer
KOMPERM

dan sebab itu, tahun nie aku tak tetapkan apa2 azam
cuma aku harap, aku boleh berubah
100% ke arah lebih baik
untuk diri sendiri
untuk suami
untuk anak
untuk keluarga
untuk agama
semuanya la..

doa2kan aku

tahun baru nie jugak, ahmad zahin berubah sikap dia. 3hari cuti, sungguhla manja si kecik tu. sampaikan pandai tunjuk perasaan bila apa yg dia nak, tak dapat. bawa dia g tesco, dia nak jalan sendiri, aku tak bagi, da dia boleh plak meniarap kat tengah2 tesco tue. mana belajar ntah. aku kurung dia dalam troli, dia bantai nangis mcm kena pukul..bawa jalan2 mana pun, asal dia ngantuk jer, tak cukup tido, tunjuk perasaan. taknak ngan orang lain, nak ngan aku jer..jenuh wehhh..nak makan tak boleh, g toilet tak boleh. smua nak kena usung dia. nak dokong dia. kadang2 hilang gak sabar aku nie, tapi ada dia heran. tak denyer dia nak heran ngan aku nyer suara yang kadang2 da high pitch tue..lagi dia bantai meraung, ada..

sampaikan nenek dia, maklong dia, abah dia sndiri marah kat dia. tau dia takut. merajuk..pergi kat aku, minta pujuk..sian dia..menangis la tersedu sedan kena marah..

pagi nie, ari pertama kerja dalam tahun 2011, ahmad zahin buat perangai lagi. pagi2 da menangis beriyer2..tak tau apa yg dia nak. serba serbi tak kena..bagi susu, diam sekejap jer.. bawa jalan luar, diam sekejap jer.. nampak aku naik keter, da melalak balik. sudahnyer masukkan dalam buai, baru senyap. rupanya ngantuk..tu la dia. tak cukup tdo, komperm2 mengamuk..sabar je lah..

tahun 2011 pun da bermula, aku pun kena bermula untuk berubah 100% seperti apa yg aku ckpkan tadi..