Mama & Abah Zahin Bersatu

Daisypath Anniversary tickers

budak hensem semakin membesar

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, December 20, 2010

bila dok berdua


bila dok berdua jer ngan ahmad zahin tanpa abah dia , memang menguji betul la. letih aku dibuatnya..

si kecik nie, bangun2 pagi jer, mulut da bebel2 "abah..ba..ba..ba.." "amma..".

bangun2 pagi, pampers sure da penuh. salinkan pampers dia

tak smpai dua jam, dia bleh plak wat "kuih". kat situ, aku da geram da. nak mandikan, tengah sejuk. sian plak kat ahmad zahin. tukarkan pampers dia,tanpa mandikan dia..

tak sampai lagi dua jam, dia buat lagi. masa tue mmg rasa laju je tangan ni nak puk bontot tonggek si ahmad zahin nie. tapi tak buat pun. sabar lagi. ajak dia mandi. laju jer jalan g toilet siap tepuk tangan, mulut tak benti2 bebel "abah..ba..ba..bah"..

dalam toilet, dia leh plak gigit getah paip. apa lagi, pekik la aku. tapi si kecik tue wat tak heran jer. dia sengih lagi ada. adui..sabar je la. gosokkan gigi dia, sikit punyer seksa. dia leh kemam mulut tak mau buka. bila kita tunjuk berus gigi, terus geleng2 kepala tanda tak mau kena gosok gigi. bila aku paksa, sudahnyer dia gigit jari aku. nak bersihkan gigi dia punyer pasal, aku tahan je la sakit tue.

pas mandi, nak pakaikan baju dia lagi satu seksa. sikit punye ligat. tak reti dok diam. umpan ngan losyen, dia leh g hisap pump losyen tue, umpan ngan minyak yuyi, pun dia hisap tutup botol tue..sudahnye kena la tunggu iklan tv. baru leh pakaikan baju ngan aman dan damai..

da pakai baju, da hensyem smua, hajat dihati nak la bersihkan telinga dia. tang tue mmang takkan dapat la. dia takkan bagi. jenuhhhhhh..dari dia lahir, sehingga la sekarang, benda tue yang buat dia paling tak suka..cmna la aku nak bersihkan telinga dia nie..

lepas je smua tu, dia punyer kerja, panjat sana, panjat sini, buka pintu almari nie, buka pintu almari tue, pergi dapur, main penyapu, main sampah, kutip tue, kutip nie, pergi depan plak, main tepon konon2 tepon abah dia, patu main letak je gagang merata..PENAT WEH nak kejar dia..puas da aku pekik, tak diherannyer..dulu masa dia kecik, dia faham gak bila aku marah. la nie, langsung tak berkesan..lagi aku pekik, lagi ligat dia buat kerja..

kalau ada abah dia, mampus aku kena marah. abah dia tak bagi aku marah2 ahmad zahin. aku bukan marah pun..takat tinggi suara jer..

memang penat pun bila ada anak yang nak membesar nie. dia tak faham apa2. yang dia tau, dia nak main jer. walaupun aku penat, tapi aku happy sangat sbb aku berpeluang jaga dia, didik dia, mandikan dia, sayangi dia, manjakan dia..ada orang, langsung takde peluang tue..aku harus BERSYUKUR..
*nak dia duk diam, aku umpan je ngan iklan..KOMPERM berkesan*
*ni bile aku sebut peace, cmni la reaksi dia*
*bila aku da hilang sabar,aku kurung dia dalam bakul*

Monday, November 29, 2010

jalan-jalan

*adik khusyuk tengok orang ber senam aerobik *

hai adik

mama rasakan adik ikut perangai mama la..kuat jalan

adik kalau ngamuk jer, mama pujuk adik dengan jalan2 kat luar

adik pun da faham bila mama kai tudung, tu tanda mama nak jalan

kadang2 adik smpai takut kena tinggal

dok la bergayut kat kaki mama

sampaikan mama g toilet pun adik nak ikut

bila mama ckp "adik, pakai shoes..cari mana shoes adik..mama nak jalan..mama tinggal adik kang"

adik terus cari mana kasut adik...

adik kenal kasut yang adik selalu pakai bila jalan2 kat luar umah

bila ari minggu plak, mama kalau boleh

tiap2 minggu mama nak bawa adik jalan taman

biarla mama bosan sekalipun

sbb g taman yang sama saban minggu

tapi untuk adik, mama takkan bosan

layan karenah adik

yang asik nak pegang rumput jer

yang main duduk je merata

adik penat, adik mein duduk jer tak kira la kat lopak air ker

kat rumput ker

asal pergi taman jer, komperm baju kotor

komperm badan adik peluh

sbb tue la kalau g taman pagi, mama tak mandikan adik dulu

nanti wat penat mama jer

baju kotor, adik berpeluh

mama tengok adik suka sgat bila dapat jalan

adik galak kejar bola orang

adik galak nak jalan laju2 mcm berlari

adik galak tengok org main badminton

adik galak tgok org main buai

adik sibuk nak mein gelongsor

auntie2 yang suka jogging kat taman suka tengok adik

selalu sngt puji anak mama comell

sbb adik suka senyum

adik pandang auntie nie, adik senyum

adik pandang uncle nie, adik senyum

mana la dorang tak puji adik comel

selagi ada usia mama, mama akan cuba bawa adik jalan2 yer

selagi ada usia mama, mama akan cuba penuhi apa je yang adik minta dan adik perlukan

selagi ada usia mama, mama takkan berhenti untuk menyayangi dan manjakan adik




Friday, November 26, 2010

eksiden

ye korang

tadi aku eksiden..

orang langgar orang

pelancong tue langgar aku

da namanyer pelancong, kaki ke mana

mata ke mana

bangunan agro bank dpn opis aku ni pun sibuk dia nak tgok

sudahnyer, kaki tersadung, ditanduk nya aku yg kebetulan dpn dia

sekarang, kaki aku sangat la sakit..

nak panjat tangga, sakit,

duduk sakit,

serba serbi tak kena,....

apa la nasib...:-(


Friday, November 12, 2010

lagi surat untuk adik

adik,
mama kan, tak pernah rasa serik untuk lahirkan adik dan adik2 adik yang lain jika diberi rezeki oleh allah. sebelum mama kahwin kan dik, mama sangat2 takut dengan hospital. bila mama da kawin, then mengandungkan adik, masih rasa takut. terbayang2 mcm mana la mama nak lahirkan adik nanti. sakit ke tak lahirkan adik nanti. macam2 mama pk dik..smpaikan kadang2 abah adik bosan layan mama..ye la, berulang kali ckp benda yang sama pada abah. mana tak abah bengang..hahahahah..tiap2 malam kan dik, mama mesti minta maaf pada abah. selagi abah tak kata abah maafkan salah mama, mama tak nak tido, abah pun tak leh tido. kadang2 abah da tido pun mama kejutkan..janji abah maafkan mama.hehehhee..

bila pagi nak g keje pulak, mama paksa abah peluk mama tiap2 hari. paksa abah ckp ngan adik tiap2 hari. kadang2 abah pun naik hangin. abah sorang yang tak suka dipaksa..tak per la, janji apa yang mama nak, abah buat.hehehehe

msa lahirkan adik tue kan, 5jam jugak la mama dalam labour room tue..mama tak rasa lama pun sebab sibuk dok tahan sakit..tup2, eh 5jam jugak rupanya mama kat dalam labour room. mama boleh tahan sakit tuk lahirkan adik lagi lepas nie, cuma mama tak tahan nak pantang tue dik..aduiii..mama ni da la degil..nanti ada rezeki, mama bagi adik pada adik ye buat teman bermain..:-)

sekarang adik da besar,
adik da boleh faham serba sedikit apa yang mama cakap pada adik. adik pun da pandai tunjuk reaksi tak nak pada mama.yang mama tak tahan, adik geram ngan orang lain, mama yang jadi mangsa. abis bahu mama adik gigit2 kan. adik tau tak, usia adik belum cecah 1tahun, gigi adik da 10batang. banyak tau dik..mana tak mama marah bila mama digigit oleh adik. mana tak adik kena tempik bila adik gigit bahu mama..kadang2 mama tahan smbil pujuk adik jangan gigit mama, tapi banyak kali mana la yang mama leh tahan sayang...sakit tau adik gigit. adik tak nak pulak gigit org lain. gigit la abah adik yang comel tue..lagi banyak isi dari mama, tapi tak nak pulak..mama jugak yang adik gigit..

adik bila barang adik dirampas adik langsung tak balas. mama bangga tengok adik sebab adik baik. kalau budak lain, mesti dia rampas balik mainan tue kan, dik..ckap ngan abah, abah cakap apa tau dik. abah cakap "mama, anak kita tu baik". mama senyum dik..sebab tue la, kalau boleh kan dik, apa pun mainan yang adik nak, mama belikan..adik ingat tak kuda adik tue..mama belikan utk adik sempena adik genap usia setahun. masa adik terima hadiah mama tue, adik seronok sangat..senyum panjang..tapi kejap je, sbb adik tak baper minat mainan tue. adik lebih suka pada bola..kalau mama tau dik, mama beli bola banyak2, tak yah beli kuda, :-P

semalam, adik makan bubur yang mama masak..mama happy sangat dik sbb mama berjaya masak untuk anak mama. mungkin tak sesedap mana, tapi cukup sekadar dapat kenyangkan adik..hari ni mama masak lagi bubur untuk adik..adik abiskan yer..

dalam peti ais, mama da beli vitagen tuk adik. mama belikan biskut tiger banyak2 tuk adik. mama belikan biskut rokok tuk adik..cuma milo kotak je mama tak belikan tuk adik. nanti adik besar, mama belikan ye..kita share..mama tau adik suka milo mcm mama..

ari minggu nanti, kita g taman lagi ye sayang..mama bawa adik jalan2 tengok keindahan alam. pasni mama tak lupa da nak bawa adik punye bola..sian adik. ari tue mama lupa bawa bola adik, sampaikan adik kejar bola org lain punyer yang sama warna dengan bola adik..sayu ati mama dik..

nanti mama sambung lagi ye sayang..banyak lagi yang mama nak coretkan kat sini untuk kenangan anak mama nanti bila anak mama ni da besar..kadang2 mama ni cepat lupa. sebelum mama lupa, baiklah mama coretkan kat blog mama ni khas untuk anak mama, kan??

mama sayang adik sangat-sangat. sampai mati, :-p

Thursday, November 11, 2010

cinta seorang ayah

Beratnya untuk melepaskan dia pergi. Selama ini, tangan ini yang membelainya. Selama ini, hati ini yang selalu bimbangkannya.

Sejak suara tangisnya yang pertama, sejak ku laungkan azan di telinganya, aku begitu mengasihinya. Ya, dia adalah permata hatiku. Namun, dia bukan selamanya milikku....

Rumah ini, cuma persinggahan dalam perjalanannya menuju kedewasaan. Dan kini sudah hampir masanya kau pamit. Walaupun di hatiku tercalar sedikit rasa pahit, tapi siapalah aku yang boleh menahan perjalanan waktu? Siapakah aku untuk menahan realiti kedewasaan? Maafkan aku wahai anak....

Bukan aku tidak tega, tetapi kerana terlalu cinta!

Hatiku tertanya-tanya, apakah ada insan lain yang boleh menjaganya sepenuh hati. Sejak bertatih, aku melihat jatuh bangunnya tanpa rasa letih. Siapakah yang membalut luka hatinya dalam kembara itu nanti?

Aku jauh......bila segalanya bertukar tangan, amanah akan diserahkan. Aku tahu saat itu aku mesti mula melepaskan. Itu satu hakikat.

Cinta bukan bereti mengikat... tetapi melepaskan, membebaskan.

Kau umpama anak burung yang telah bersayap, telah mampu terbang membelah awan, meninggalkan sarang. Apakah aku terlalu dungu untuk terus membelenggu?

Puteriku... kau terpaksa ku lepaskan.... Apakah si dia mampu menyayanginya seperti aku? Ah, mengapa rasa curiga ini datang bertandang. Bukankah segalanya telah di putuskan sejak dia membisikkan bahawa hatinya telah diserahkan kepada 'si dia'- lelaki pilihannya? Bukankah segala perbincangan musim lalu telah terungkai dan keputusannya telah dimeterai?

Namun... hati ayah.... Hati abah... pasti ada gundah. Sudah pasrah, tapi diguris goyah. Bolak-balik hati ini wahai anak...terlalu laju untuk dipaku.

Tepatkah plihanmu? Tepatkah keputusanku? Namun siapakah kita yang boleh membaca masa depan? Layakkah kita mengukur kesudahan di batas permulaan?

Sangka baik jadi penawar. Kau anak yang baik, insyaAllah pilihanmu juga baik. Tuhan tidak akan mengecewakanmu. Jodohmu telah ditentukan. Dan ketentuan Allah itu pasti ada kebaikan!

Kekadang, aku diserbu seribu pertanyaan. Apakah aku masih di hatinya setelah dia bersuami nanti? Atau aku hanya akan menjadi tugu kenangan yang dijengah sekali-sekala?

Bukan, bukan aku membangkit, jauh sekali mengungkit...upayaku mendidikmu bukan suatu jasa. Itu hanya satu amanah.

Namun, ketika usia menjangkau senja, aku pasti semakin sepi......aku akan mengulang-ulang kisah lama yang penuh nostalgia. Diulit oleh kenangan indah musim lalu, ketika dia begitu manja di sisi. Aku ingin mendengar lagi suaranya yang dulu-dulu. Mengadu tentang ini dan itu. Bercerita dan berkisah, dengan lidahmu yang petah dan lagak yang penuh keletah.

Pergilah. Aku rela. Allah bersamamu.

Doaku mengiringi setiap langkah di alam rumah tanggamu nanti. Moga si dia akan menjaganya seperti aku menjaga ibunya, umminya.

Aku akan bersangka baik. Justeru Allah itu menurut sangkaan hamba-hamba-Nya. Aku bersangka baik, insyaAllah, dia dan aku akan mendapat yang terbaik.

surat cinta untuk adik

salam adik..

sebelum apa-apa, mama sayang sangat- sangat pada adik. mama sanggup kehilangan apa pun tapi tidak adik. kadang2 bergurau dengan abah. abah kalau notty2, mama amek adik dok ngan mama..jahatkan mama dik..mama memang tak boleh hidup tanpa adik. sebab mama rasa, adik adalah segala-galanya pada mama. walaupun mama sayang jugak pada abah, tapi sayang mama pada adik lebih dari segala-galanya.

adik,
mama harap adik tak ambil hati dengan sikap mama yang selalu marah-marah adik..mama marah bukan sebab mama tak sayang pada adik. mama tau mama yang salah sebab mama marah-marah adik pun bukan adik faham kan apa salah adik. mama memang seorang yang pemarah dik. dari dulu lagi. sehinggakan kadang2 adik dan abah jadi mangsa mama kan..terukkan mama dik..maafkan mama, dik..

adik,
sejak dari ari pertama mama tau adanya adik dalam diri mama, mama da mula sayangkan adik..masa mama tau, mama baru 2bulan kahwin dengan abah adik. mama bahagia sangat dik sbab dalam diri mama ada zuriat mama dan abah. setiap ari, mama menghitung waktu, menghitung hari nak tunggu adik besar dalam perut mama. sebabnya bila adik da besar dalam perut mama, mama dapat rasa adik tendang perut mama. mama dapat rasa adik guling2 dalam perut mama. adik nak tau tak, abah adik, first time rasa adik gerak dalam perut mama kan, abah adik menjerit. kuat gila dik. excited betul abah adik ketika itu..

adik,
3bulan pertama adik dalam perut mama, mama mabuk2 sikit. kadang2 tue, apa yang mama makan, mama keluarkan balik tanpa ada sedikit pun tersimpan dalam perut dik. betapa mabuknya mama masa tue..

adik,
masuk je adik usia 4bulan dalam perut mama, mama da tak mabuk mcm dulu lagi. selera mama makin menjadi2 dik. banyak betul mama makan dik sampaikan doktor tegur mama sbb berat sangat badan mama. setiap hari, mama tak lupa usap perut mama. adik rasa tak usapan mama tue syg?. kadang2 merajuk ngan abah pun, mama ngadu pada adik sebab adik la peneman mama kan..

adik,
masa adik da genap 9bulan dalam perut mama kan, lagi la mama tak sabar nak tunggu kelahiran adik. sebabnya, mama nak sangat tengok muka adik. masa ari 6bulan dalam perut mama, mama scan gambar adik. sebiji sangat muka abah. adik mmg ikut sangat2 muka abah. comel macam abah. bulat macam abah. tu yang buat mama lagi tak sabar nak tgok adik secara live. mana tak ikut muka abah kan dik, mama tiap2 ari asik tengok muka abah adik je. da jadi habit sepanjang mengandungkan adik. kadang2 kalau tak dpt tengok muka abah, gaduh besar mama ngan abah adik.

adik,
masa adik dalam perut mama, mama memang jaga sangat perlakuan mama, tingkah laku mama, pemakanan mama sebab mama taknak disebabkan kelalaian mama, mama kehilangan adik. mama takut dik..asal mama sakit sikit jer, abah bawa mama g klinik. asal mama tak larat sikit jer, mama minta mc kat doktor supaya mama leh rehat kat umah. asal mama tak larat nak puasa jer, mama buka puasa sebab mama takut kalau2 mama memudaratkan adik. sudahnya kan dik, 10 hari jugak la mama tak puasa..hehehehe

adik,
adik tau tak yang adik lewat dari apa yang doktor jangkakan..adik dijangka lahir pada 9 september 2009. semua kawan-kawan mama kata tarikh tu cantik. mama pun harap adik lahir pada tarikh tue. tunggu punye tunggu, adik tak jugak bg tanda kat mama yang adik da nak keluar tengok dunia ciptaan allah nie. sampaikan nenek adik suruh mama pergi je menyerah diri ke hospital untuk lahirkan adik. mama takut adik. mama takut, kalau-kalau mama menyerah diri tue akan menyakiti adik. mama tak nak. biarlah mama yang tanggung sakit. lagi 4hari nak raya, mama da sakit2 perut. rasa macam lain macam tapi tak pulak pk tu tanda adik da nak keluar. mama sempat lagi ajak abah g makan pizza. malam tue, jenuh dik. mama tak boleh tido. mama panas. serba serbi tak kena. perut plak tak hilang sakit. sah, tu tanda adik nak keluar la tue. pagi subuh2 kejut abah. abah sahur alar kadar, patu boleh pulak abah tido balik.adui...mama kejut abah balik. kata mama tak larat da nak tahan sakit. barula abah adik tue bangun dari tido, patu mandi laju2..tau takut abah..heheheheheh

lepas abah mandi laju2 tue, mama ngan abah pergi hospital. HUKM hospital adik. tempat adik dilahirkan. masa mama sampai tue, doktor check la apa2 yang ptut. patu kena tahan ward sbb mama overdue..

malam sebelum adik lahir, mama mesej kat maklong, nenek, atuk adik belah mama. bagitau keadaan mama. mak long tepon je mama, mama da nangis. nenek ngan atuk ckp je nak tgok mama, mama tak bagi dik. mama bukan taknak nenek ngan atuk datang, tapi mama tak nak nenek ngan atuk tengok mama menangis. mama betul2 tak kuat dik. dalam pukul 10mlm, nenek datang jugak dik. datang ngan atuk. datang dari klang dik. bukan dekat. sian kat nenek sebab masa tue nenek keje. balik keje da la penat, datang lagi hospital tengok mama. sian kat nenek kan dik??..mama nampak je nenek, mama terus nangis. terharu dik tengok nenek datang jauh2 sbb mama. nenek marah mama. nenek tak bagi mama nangis. nenek suruh mama kuat semangat. nenek suruh mama jangan lupa berzikir dan berdoa minta pada tuhan supaya semua dipermudahkan. mama tak lupa dik.mulut mama tak putus2 berdoa agar mama selamat dan adik selamat.

dalam labour room dik, abah teman mama. abah langsung tak boleh hilang dari pandangan mata mama sebab pada mama, mama kuat sebab ada abah. mama perlukan kekuatan untuk lahirkan adik. msa tu 16hb dik. bila da nak abis 16hb kan dik, abah ckp ngan mama. kalau boleh nak adik lahir pada tarikh yang sama dengan abah. tak dapat la sebab adik masih tak nak keluar dari perut mama. selesa agaknya tido dalam perut mama sorang2 eh. sudahnya jam 3.17pagi, 17hb september barula adik nak keluar. masa adik nak keluar tue kan dik, mama nyaris2 tak berjaya dik. mama tak tau macam mana nak teran supaya adik boleh keluar dengan senang. sampaikan doktor marah mama. dia marah mama, mama marah dia balik..kan mama da kata mama ni garang..adik dapat keluar bila doktor pakar datang. syukur sangat adik sebab kalau tak, silap2 mama da kena vacum tuk keluarkan adik. kalau kena vacum, adik tentu sakit kan...

adik keluar jer dari perut mama, nurse amik adik tuk bersihkan adik. masa tu kan dik, mama tak rasa sakit pun dik walaupun mama akan dijahit selepas itu. mama syok sangat tengok adik. adik diletakkan kat katil baby sebelah mama. so, bila doktor jahit, mama tak la rasa sakit sebab mama tengok adik jer..comel sangat anak mama nie.memang seperti apa yang mama tengok masa mama scan adik dulu. sebiji muka abah.

mama ditolak masuk wad, adik da dekat sebelah mama. adik sambung tido. agaknya masa adik nak keluar tue, adik tengah tido kot, then adik kena kejut tu yang ngantuk jer... hehehehehe..

tahun tue, tahun amat bermakna pda mama sebab mama raya ada adik. walaupun mama tengah pantang, tapi mama tak kisah pun tak dapat beraya sebab mama ada adik teman mama. sama-sama tak dapat beraya..tapi..

adik ingat tak, adik dulu kena demam kuning yang tinggi..nenek chik ckp jer adik ada kuning, air mata mama ni da menitik. mama da nangis dik. mama taknak adik sakit. nenek chik suruh abah bawa adik g hospital. mama tak nak bagi tapi nenek nak bawa juga adik g spital utk check. mama nak ikut abah pulak tak bagi. sian mama dik. dok la umah tunggu adik tak balik2..masa tu kita kat kampung mama kat pahang.abah balik2 je kan dik, abah bagitau mama yang adik kena tahan ward..lagi la mama nak nangis dik. mama harap sangat adik tak kena kuning..nasib baik mama skali dok ngan adik dalam ward. kalau adik sorang, sanggup mama berubat cara lain daripada bagi adik sorang2 dok kat spital tue. tak sanggup mama dik..

kat spital, setiap kali adik menangis sebab kena cucuk, setiap kali itulah hati mama menangis jugak dik. kadang2 menitik jugak airmata mama nie melihat adik. kecik2 da kena cucuk sana-cucuk sini. kalau la mama leh gantikan tempat adik, mama gantikan dik.

lama adik kena kuning. sampai abis pantang.....

bila adik baik je dari kuning, mama tak lupa buatkan kenduri kesyukuran merangkak kenduri akikah adik. abah keluarkan duit tuk akikah adik. alhamdulillah...ada rezeki adik masa tue.

adik ingat tak aritue bila abg fitri tolak adik. mama pukul abg fitri dik sebab dia tolak adik depan mata mama. sungguh mama tak boleh tengok sesapa pun sakitkan anak mama..hati mama bagai disiat2 dik..betapa mama protect anak mama sorang nie. sapa2 pun sakitkan anak mama, memang mama marah orang tue. kakak2 sepupu adik smua ckp mama garang. mama tak peduli pun dik.. selagi dorang tak sakitkan adik, mama takkan marah dorang tanpa sebab..abah dan nenek adik marah mama sebab pukul abg fitri. mama cuma bela anak mama, sudahnya mama kena marah balik. tak pe la dik, janji mama dapat bela anak mama..dorang tak nak bela anak mama, biar mama sorang bela anak mama nie...

bila anak mama ni da besar, mama belikan baju cantik2 untuk anak mama..mama nak adik sentiasa comel pada mata mama..mama belikan apa pun mainan tuk adik..kadang2 abah marah gak mama sbb asik belikan mainan adik je..mama tak peduli dik..janji ati mama puas dapat tengok adik main..kadang2 bukan adik main pun..

mama minum milo, mama bagi adik sekali. mama makan coklat, mama bg adik sekali. mama makan aiskrim, adik pun dapat makan..kita share kan dik..tu pun kena marah sbb abah kata mama bagi adik makan yang bukan2..semua tu baik tuk anak mama sbb tu mama bagi adik makan..aper la abah ni , kan dik, :-p

besar harapan mama pada adik, sayang..mama nak adik jadi anak yang berguna. jadi anak yang bakal jaga mama dan abah bila adik da besar nanti..jadi anak yang bijak ye sayang..jangan nakal-nakal. dengar ckp mama dan abah. jangan malas..nati da boleh solat, jangan sekali2 tinggalkan solat ye sayang..

adik, kalau la mama tak panjang usia tuk jaga adik, adik tolong jagakan abah tuk mama ye sayang..tolong jagakan adik2 adik kalau ada adik nanti ye sayang..tolong sekali jagakan atuk dan nenek kalau mereka ada lagi ye sayang...

mama sayang adik sampai mati..sayang sangat-sangat...

Tuesday, November 9, 2010

cerita pasal dia lagi

siapa lagi kalau bukan si buah hati jantung aku tue, AHMAD ZAHIN..

semakin dia besar, semakin dia faham apa yang mama dia ni cakapkan..

dia tau apa itu monkey

dia tau apa itu ball

dia tau apa itu book

dia tau bila dia nak keluar jalan2 kena pakai shoes

dia tau jalan masuk ke bilik dia

dia tau bila kita marah dia

dia faham bila kita ckp time tuk mandi

dia faham bila kita ckp 'adik, hati2, kang jatuh'

dia faham bila kita ckap, ' adik , jom mamam'

yang paling aku terharu,

dia tau macam mana nak sayang aku..

bila aku ckp , 'adik, sayang mama dik'..dia terus dekatkan pipi dia ke pipi aku.

then bila aku ckp,
'adik, peluk mama dik..". dia akan berjalan dengan laju untuk memeluk aku,

*bahagia sungguh bila ada anak sebijak ini. syukur alhamdulillah.




* cubaan untuk buat tanda 'peace' *

Monday, November 8, 2010

alhamdulillah


akhirnya, ianya jadi milik kami..

tarikh lahir, 03.11.2010.


Thursday, October 28, 2010

ANIVERSARY KEDUA


enjoy gambar dulu eh...

*chicken sup utk si kecik*
* grilled chicken - mama punyer *
* kuey tiow - abah punyer *
* air mama *
* geram ngan abah *
* anak mama *
* hensem boy *
* nama restoran *

alhamdulillah, da dua tahun aku dengan abahzahin sebagai suami isteri pda 25.10.2010 yang lalu.

just keluar makan bertiga di restoran kat menara tinjau ampang nun. pestime datang nie..slalu lalu je. nasib la ari biasa, so tak ramai orang..kalu ari minggu, ada gak yang kena panjat tuk naik ke atas..giler tinggi..ngan anak aku yg agak montel tue, tak de nyer aku nak gagahkan jugak memanjat semata2 nak makan kat restoran atas bukit..

so far, sedap jugak la makanan dia..smpai ke pagi esoknyer, aku masih terasa kenyang weh..


untuk SUAMIKU

For The Rest Of my Life

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say


For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my HUSBAND and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally


I know that deep in my heart..

budak notty

ini la dia budak notty tu

da la baru berjalan, patu da berani nak berdiri atas pon2 dia tue tanpa pegang

wah..wah..wah..

tunjuk hero nampak

*muka bertepek bedak comot2..comel!!!

Tuesday, October 26, 2010

doakan dia

nama baby nie, muhammad mustaqim bin mohd shahnezam. anak kepada kawan aku. dia lemas ketika dilahirkan. lahir pada 19.10.2010 yang lalu..

mengikut apa yang ayah dan ibu kepada baby nie cerita pada aku, doktor menjangkakan ada kerosakan otak pada baby ini disebabkan keadaan dia yang da pengsan ketika dikeluarkan dari perut ibu dia (pembedahan).

sehingga sekarang, msih di wad nicu, hospital putrajaya..

minta kawan2, akak2 sekelian doakan kesejahteraan baby ini. semoga baby ini sihat dan kuat semangat seperti ibunya. ibu nya langsung tak menitiskan airmata ketika aku melawat dia di hospital tempoh hari. da la berjahit atas bawah, dengan anak tengah bertarung nyawa di nicu..kalau aku la, mau meraung...

* baby, makcik doakan baby cepat sembuh tanpa sebarang kecacatan, tanpa sebarang penyakit. doktor hanya meramalkan tapi semua ditangan ALLAh kan.. baby kuatkan semangat yer sayang. insyaallah, makcik akan datang melawat baby.

nak menitis airmata tengok picture ni kat fb ayah baby...

Thursday, October 21, 2010

si kecik


si kecik yang makin membesar nie, makin bijak...

tengok la gambar nie, aku sibuk melipat baju, dia pun sama sibuk nak tolong..mula2 spenda masuk kat kepala dia tue, patu melalak sbb rimas..aku tanggalkan..dia main2 lagi ngan timbunan baju aku tue, seluar pulak dia sarung kat kepala..aku geram, aku tangkap gambar. siap pandang, patu jelir lidah lak tue..adui.. geram je rasa

* buwek kat mama*


* 4 bulan- meniarap
* 6 bulan - merangkak + tumbuh gigi
* 7 bulan - duduk tegap + tumbuh lagi gigi
* 8 bulan - berdiri, memanjat, menggigit + da ada 10 btg gigi (2 geraham)
* 13 bulan - berjalan



Wednesday, October 20, 2010

13 bulan

si kecik hensem aku nie da 13bulan..

dan diusia 13bulan nie,

dia da mula menapak..

akhirnya,

serius, tak sabar gila nak tengok dia berjalan

mesti comel

da la ketot..

hahahahahahhaha

Tuesday, October 19, 2010

pujuk

dia datang pujuk
sejuk sikit hati ni
tapi masih belum sembuh sepenuhnya

akui, dia mmg sanggup buat apa je demi aku, untuk aku
akui dia memang sayangkan aku

tapi

dia masih tak mahu mengerti apa sebenarnya yang tersirat dihati

rajuk dihati

pada siapa untuk aku luahkan apa yang aku rasa ini
alangkah baiknya jika si kecik itu faham apa yang mama dia rasakan sekrang nie..

aku perlukan seseorang yang bisa memahami
aku perlukan seseorang yang bisa boleh rawat hati ini
aku perlukan seseorang yang bisa boleh kembalikan senyum dan tawa aku
aku perlukan seseorang yang bisa menyokong aku
aku perlukan seseorang tapi siapa..

yang pasti, ada rajuk dihati

puas sudah aku berfikir
patut kah ada rajuk dihati aku
sekali fikir, patut
sekali lagi fikir, tak patut

bukan tak pernah aku rawat sendiri ati aku
berulang kali
kali nie berulang lagi
mungkin permintaan aku selama ini terlalu payah untuk di laksanakan

tak per la
untuk sekian kalinya
aku takkan meminta apa2 pun selepas ini
untuk elakkan ada rajuk dihati
yang bisa aku rawat sendiri

aku da letih
biarlah ianya baik sendiri
sudah puas air mata ini mengalir dengan sendiri
tanpa henti


Thursday, October 14, 2010

fikir dulu

tiap2 hari, ada masa mesti buka blog. patu cari blog kak ayu, cari blog kak ina, kak jiey, blog hidd, kak asz. tiap2 hari baca blog meraka2 ini. walaupun kadang takde entry terbaru, tetap buka juga. da jadi satu kemestian la plak..

semalam, kak ayu, kak ina, kak jiey wat post psal blogger..

tak faham la..naper mesti ada orang berhati begitu kan..

kak ayu, kak ina dan kak jiey cuma berkongsi rasa, berkongsi pengalaman, berkongsi cerita..pada aku, mereka bukan nak tagih simpati. malah cerita mereka tu smua boleh jadikan panduan. mereka2 nie smua ibu2 yang hati nyer sangat tabah dengan dugaan dari ALLAH S.W.T.

korang tak rasa mcm mana akak2 nie rasa, dan korang tak tau macam mana sakitnya dorang menghadapi smua nie. tak merasa, jangan la nak sibuk2 mengata..

tak suka baca, belah dari blog mereka. tak payah nak sibuk2 tinggalkan komen yang bakal menambah luka di jiwa..

pernah blog kawan aku, ditiru sebulat2 nya..da kena maki, barula nak minta maaf..selagi tak kena maki, tak tau kesalahan diri sendiri..PADAN MUKA

aku sangat2 kagum dengan semangat yang ada pada kak ayu, kak ina, kak jiey, dan akak2 yang lain. walaupun aku tak merasa mcm mana dorang rasa, sekurang2 nya aku dapat faham..

* sangat kagum ngan akak2 smua

Monday, October 11, 2010

something to share

jumpa notes ni kat facebook..mungkin ada yang da baca, mungkin ada yang belum..

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.

Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)



Thursday, October 7, 2010

tahun ke dua


25 Oktober setiap tahun adalah tarikh ulang tahun pernikahan aku dengan abahzahin. 25 Oktober tahun ini adalah merupakan tahun kedua kami sebagai suami isteri. sekejap je da dua tahun kami berkahwin. sepanjang dua tahun ini, alhamdulillah, hubungan kami lancar tanpa sebarang masalah yang boleh menggugat keharmonian rumah tangga kami. Ditambah lagi dengan kehadiran cahaya mata kami yang pertama, AHMAD ZAHIN menambahkan seri hidup kitaorang berdua.

apa istimewanya abah zahin dimata aku.

dia seorang yang sangat-sangat comel. serba serbi comel. gaya dia, tingkah laku dia, memang menyenangkan la.

dia juga seorang yang sangat2 menghormati mak dan abah dia. orang kata, kalau lelaki tue hormatkan mak dia, dia juga akan hormat kita sebagai mak kepada anak2 dia nanti.

sangat-sangat penyabar. contra dengan aku nie yang kejenyer nak mengamuk jer. bila aku panas, dia akan cool down kan aku balik.

seorang yang baik hati. pada dia, biarlah orang lain buat jahat kat dia, tapi utk dia membalas then berdendam ngan orang tue, tidak sama sekali. kalau aku la, dendam sampai mati weh.

dia penyayang sangat orangnya. anak2 buah dia smua sayang kat dia termasuk anak buah aku. anak buah aku, kalau pakngah dia datang, tak berenggang langsung. di ajak nyer pakngah main bola la, baca buku la, gelak ketawa la..

seorang yang kelakar. anak aku terkekek2 bila bermain ngan abah dia. ada je tingkah laku abah dia yang buat anak aku ketawa. dengan aku, takde la..

lagi aper eh,

anak menantu yang baik. alhamdulillah, abah dan mak aku sayang abah zahin macam anak2 dia yang lain..

dan yang paling penting,

seorang yang ada pegangan agama yang kuat. jangan tak tau, abah zahin dulu pernah jadi ustaz di salah sebuah sekolah rendah agama di Rawang. insyaallah, dengan pegangan agama dia yang kuat, dia boleh membimbing aku dan anak2 aku nanti ke arah hidup yang lebih diberkati..INSYAALLAH..

Biarlah suami aku tak se handsome orang lain, biarlah suami aku tak sekurus orang lain, biarlah suami aku tak sekaya orang lain, yang penting, hati dia baik. aku terima dia seadanya sepertimana dia terima aku seadanya. aku bahagia hidup dengannya.

* sayang suamiku sampai mati. sampai syurga *
* semoga perkahwinan kami kekal sehingga akhir hayat kami, insyaallah*
* abah yang penyayang*
*anak ngan abah sama comel*
* si comel buah hati kami*
* mama, ahmad zahin & aunty jack (best friend mama)
* anak mama *
* pengubat jiwa lara *
* like abah, like son *
(calon imam muda)