mama kan, tak pernah rasa serik untuk lahirkan adik dan adik2 adik yang lain jika diberi rezeki oleh allah. sebelum mama kahwin kan dik, mama sangat2 takut dengan hospital. bila mama da kawin, then mengandungkan adik, masih rasa takut. terbayang2 mcm mana la mama nak lahirkan adik nanti. sakit ke tak lahirkan adik nanti. macam2 mama pk dik..smpaikan kadang2 abah adik bosan layan mama..ye la, berulang kali ckp benda yang sama pada abah. mana tak abah bengang..hahahahah..tiap2 malam kan dik, mama mesti minta maaf pada abah. selagi abah tak kata abah maafkan salah mama, mama tak nak tido, abah pun tak leh tido. kadang2 abah da tido pun mama kejutkan..janji abah maafkan mama.hehehhee..
bila pagi nak g keje pulak, mama paksa abah peluk mama tiap2 hari. paksa abah ckp ngan adik tiap2 hari. kadang2 abah pun naik hangin. abah sorang yang tak suka dipaksa..tak per la, janji apa yang mama nak, abah buat.hehehehe
msa lahirkan adik tue kan, 5jam jugak la mama dalam labour room tue..mama tak rasa lama pun sebab sibuk dok tahan sakit..tup2, eh 5jam jugak rupanya mama kat dalam labour room. mama boleh tahan sakit tuk lahirkan adik lagi lepas nie, cuma mama tak tahan nak pantang tue dik..aduiii..mama ni da la degil..nanti ada rezeki, mama bagi adik pada adik ye buat teman bermain..:-)
sekarang adik da besar,
adik da boleh faham serba sedikit apa yang mama cakap pada adik. adik pun da pandai tunjuk reaksi tak nak pada mama.yang mama tak tahan, adik geram ngan orang lain, mama yang jadi mangsa. abis bahu mama adik gigit2 kan. adik tau tak, usia adik belum cecah 1tahun, gigi adik da 10batang. banyak tau dik..mana tak mama marah bila mama digigit oleh adik. mana tak adik kena tempik bila adik gigit bahu mama..kadang2 mama tahan smbil pujuk adik jangan gigit mama, tapi banyak kali mana la yang mama leh tahan sayang...sakit tau adik gigit. adik tak nak pulak gigit org lain. gigit la abah adik yang comel tue..lagi banyak isi dari mama, tapi tak nak pulak..mama jugak yang adik gigit..
adik bila barang adik dirampas adik langsung tak balas. mama bangga tengok adik sebab adik baik. kalau budak lain, mesti dia rampas balik mainan tue kan, dik..ckap ngan abah, abah cakap apa tau dik. abah cakap "mama, anak kita tu baik". mama senyum dik..sebab tue la, kalau boleh kan dik, apa pun mainan yang adik nak, mama belikan..adik ingat tak kuda adik tue..mama belikan utk adik sempena adik genap usia setahun. masa adik terima hadiah mama tue, adik seronok sangat..senyum panjang..tapi kejap je, sbb adik tak baper minat mainan tue. adik lebih suka pada bola..kalau mama tau dik, mama beli bola banyak2, tak yah beli kuda, :-P
semalam, adik makan bubur yang mama masak..mama happy sangat dik sbb mama berjaya masak untuk anak mama. mungkin tak sesedap mana, tapi cukup sekadar dapat kenyangkan adik..hari ni mama masak lagi bubur untuk adik..adik abiskan yer..
dalam peti ais, mama da beli vitagen tuk adik. mama belikan biskut tiger banyak2 tuk adik. mama belikan biskut rokok tuk adik..cuma milo kotak je mama tak belikan tuk adik. nanti adik besar, mama belikan ye..kita share..mama tau adik suka milo mcm mama..
ari minggu nanti, kita g taman lagi ye sayang..mama bawa adik jalan2 tengok keindahan alam. pasni mama tak lupa da nak bawa adik punye bola..sian adik. ari tue mama lupa bawa bola adik, sampaikan adik kejar bola org lain punyer yang sama warna dengan bola adik..sayu ati mama dik..
nanti mama sambung lagi ye sayang..banyak lagi yang mama nak coretkan kat sini untuk kenangan anak mama nanti bila anak mama ni da besar..kadang2 mama ni cepat lupa. sebelum mama lupa, baiklah mama coretkan kat blog mama ni khas untuk anak mama, kan??
mama sayang adik sangat-sangat. sampai mati, :-p
No comments:
Post a Comment