sebelum apa-apa, mama sayang sangat- sangat pada adik. mama sanggup kehilangan apa pun tapi tidak adik. kadang2 bergurau dengan abah. abah kalau notty2, mama amek adik dok ngan mama..jahatkan mama dik..mama memang tak boleh hidup tanpa adik. sebab mama rasa, adik adalah segala-galanya pada mama. walaupun mama sayang jugak pada abah, tapi sayang mama pada adik lebih dari segala-galanya.
adik,
mama harap adik tak ambil hati dengan sikap mama yang selalu marah-marah adik..mama marah bukan sebab mama tak sayang pada adik. mama tau mama yang salah sebab mama marah-marah adik pun bukan adik faham kan apa salah adik. mama memang seorang yang pemarah dik. dari dulu lagi. sehinggakan kadang2 adik dan abah jadi mangsa mama kan..terukkan mama dik..maafkan mama, dik..
adik,
sejak dari ari pertama mama tau adanya adik dalam diri mama, mama da mula sayangkan adik..masa mama tau, mama baru 2bulan kahwin dengan abah adik. mama bahagia sangat dik sbab dalam diri mama ada zuriat mama dan abah. setiap ari, mama menghitung waktu, menghitung hari nak tunggu adik besar dalam perut mama. sebabnya bila adik da besar dalam perut mama, mama dapat rasa adik tendang perut mama. mama dapat rasa adik guling2 dalam perut mama. adik nak tau tak, abah adik, first time rasa adik gerak dalam perut mama kan, abah adik menjerit. kuat gila dik. excited betul abah adik ketika itu..
adik,
3bulan pertama adik dalam perut mama, mama mabuk2 sikit. kadang2 tue, apa yang mama makan, mama keluarkan balik tanpa ada sedikit pun tersimpan dalam perut dik. betapa mabuknya mama masa tue..
adik,
masuk je adik usia 4bulan dalam perut mama, mama da tak mabuk mcm dulu lagi. selera mama makin menjadi2 dik. banyak betul mama makan dik sampaikan doktor tegur mama sbb berat sangat badan mama. setiap hari, mama tak lupa usap perut mama. adik rasa tak usapan mama tue syg?. kadang2 merajuk ngan abah pun, mama ngadu pada adik sebab adik la peneman mama kan..
adik,
masa adik da genap 9bulan dalam perut mama kan, lagi la mama tak sabar nak tunggu kelahiran adik. sebabnya, mama nak sangat tengok muka adik. masa ari 6bulan dalam perut mama, mama scan gambar adik. sebiji sangat muka abah. adik mmg ikut sangat2 muka abah. comel macam abah. bulat macam abah. tu yang buat mama lagi tak sabar nak tgok adik secara live. mana tak ikut muka abah kan dik, mama tiap2 ari asik tengok muka abah adik je. da jadi habit sepanjang mengandungkan adik. kadang2 kalau tak dpt tengok muka abah, gaduh besar mama ngan abah adik.
adik,
masa adik dalam perut mama, mama memang jaga sangat perlakuan mama, tingkah laku mama, pemakanan mama sebab mama taknak disebabkan kelalaian mama, mama kehilangan adik. mama takut dik..asal mama sakit sikit jer, abah bawa mama g klinik. asal mama tak larat sikit jer, mama minta mc kat doktor supaya mama leh rehat kat umah. asal mama tak larat nak puasa jer, mama buka puasa sebab mama takut kalau2 mama memudaratkan adik. sudahnya kan dik, 10 hari jugak la mama tak puasa..hehehehe
adik,
adik tau tak yang adik lewat dari apa yang doktor jangkakan..adik dijangka lahir pada 9 september 2009. semua kawan-kawan mama kata tarikh tu cantik. mama pun harap adik lahir pada tarikh tue. tunggu punye tunggu, adik tak jugak bg tanda kat mama yang adik da nak keluar tengok dunia ciptaan allah nie. sampaikan nenek adik suruh mama pergi je menyerah diri ke hospital untuk lahirkan adik. mama takut adik. mama takut, kalau-kalau mama menyerah diri tue akan menyakiti adik. mama tak nak. biarlah mama yang tanggung sakit. lagi 4hari nak raya, mama da sakit2 perut. rasa macam lain macam tapi tak pulak pk tu tanda adik da nak keluar. mama sempat lagi ajak abah g makan pizza. malam tue, jenuh dik. mama tak boleh tido. mama panas. serba serbi tak kena. perut plak tak hilang sakit. sah, tu tanda adik nak keluar la tue. pagi subuh2 kejut abah. abah sahur alar kadar, patu boleh pulak abah tido balik.adui...mama kejut abah balik. kata mama tak larat da nak tahan sakit. barula abah adik tue bangun dari tido, patu mandi laju2..tau takut abah..heheheheheh
lepas abah mandi laju2 tue, mama ngan abah pergi hospital. HUKM hospital adik. tempat adik dilahirkan. masa mama sampai tue, doktor check la apa2 yang ptut. patu kena tahan ward sbb mama overdue..
malam sebelum adik lahir, mama mesej kat maklong, nenek, atuk adik belah mama. bagitau keadaan mama. mak long tepon je mama, mama da nangis. nenek ngan atuk ckp je nak tgok mama, mama tak bagi dik. mama bukan taknak nenek ngan atuk datang, tapi mama tak nak nenek ngan atuk tengok mama menangis. mama betul2 tak kuat dik. dalam pukul 10mlm, nenek datang jugak dik. datang ngan atuk. datang dari klang dik. bukan dekat. sian kat nenek sebab masa tue nenek keje. balik keje da la penat, datang lagi hospital tengok mama. sian kat nenek kan dik??..mama nampak je nenek, mama terus nangis. terharu dik tengok nenek datang jauh2 sbb mama. nenek marah mama. nenek tak bagi mama nangis. nenek suruh mama kuat semangat. nenek suruh mama jangan lupa berzikir dan berdoa minta pada tuhan supaya semua dipermudahkan. mama tak lupa dik.mulut mama tak putus2 berdoa agar mama selamat dan adik selamat.
dalam labour room dik, abah teman mama. abah langsung tak boleh hilang dari pandangan mata mama sebab pada mama, mama kuat sebab ada abah. mama perlukan kekuatan untuk lahirkan adik. msa tu 16hb dik. bila da nak abis 16hb kan dik, abah ckp ngan mama. kalau boleh nak adik lahir pada tarikh yang sama dengan abah. tak dapat la sebab adik masih tak nak keluar dari perut mama. selesa agaknya tido dalam perut mama sorang2 eh. sudahnya jam 3.17pagi, 17hb september barula adik nak keluar. masa adik nak keluar tue kan dik, mama nyaris2 tak berjaya dik. mama tak tau macam mana nak teran supaya adik boleh keluar dengan senang. sampaikan doktor marah mama. dia marah mama, mama marah dia balik..kan mama da kata mama ni garang..adik dapat keluar bila doktor pakar datang. syukur sangat adik sebab kalau tak, silap2 mama da kena vacum tuk keluarkan adik. kalau kena vacum, adik tentu sakit kan...
adik keluar jer dari perut mama, nurse amik adik tuk bersihkan adik. masa tu kan dik, mama tak rasa sakit pun dik walaupun mama akan dijahit selepas itu. mama syok sangat tengok adik. adik diletakkan kat katil baby sebelah mama. so, bila doktor jahit, mama tak la rasa sakit sebab mama tengok adik jer..comel sangat anak mama nie.memang seperti apa yang mama tengok masa mama scan adik dulu. sebiji muka abah.
mama ditolak masuk wad, adik da dekat sebelah mama. adik sambung tido. agaknya masa adik nak keluar tue, adik tengah tido kot, then adik kena kejut tu yang ngantuk jer... hehehehehe..
tahun tue, tahun amat bermakna pda mama sebab mama raya ada adik. walaupun mama tengah pantang, tapi mama tak kisah pun tak dapat beraya sebab mama ada adik teman mama. sama-sama tak dapat beraya..tapi..
adik ingat tak, adik dulu kena demam kuning yang tinggi..nenek chik ckp jer adik ada kuning, air mata mama ni da menitik. mama da nangis dik. mama taknak adik sakit. nenek chik suruh abah bawa adik g hospital. mama tak nak bagi tapi nenek nak bawa juga adik g spital utk check. mama nak ikut abah pulak tak bagi. sian mama dik. dok la umah tunggu adik tak balik2..masa tu kita kat kampung mama kat pahang.abah balik2 je kan dik, abah bagitau mama yang adik kena tahan ward..lagi la mama nak nangis dik. mama harap sangat adik tak kena kuning..nasib baik mama skali dok ngan adik dalam ward. kalau adik sorang, sanggup mama berubat cara lain daripada bagi adik sorang2 dok kat spital tue. tak sanggup mama dik..
kat spital, setiap kali adik menangis sebab kena cucuk, setiap kali itulah hati mama menangis jugak dik. kadang2 menitik jugak airmata mama nie melihat adik. kecik2 da kena cucuk sana-cucuk sini. kalau la mama leh gantikan tempat adik, mama gantikan dik.
lama adik kena kuning. sampai abis pantang.....
bila adik baik je dari kuning, mama tak lupa buatkan kenduri kesyukuran merangkak kenduri akikah adik. abah keluarkan duit tuk akikah adik. alhamdulillah...ada rezeki adik masa tue.
adik ingat tak aritue bila abg fitri tolak adik. mama pukul abg fitri dik sebab dia tolak adik depan mata mama. sungguh mama tak boleh tengok sesapa pun sakitkan anak mama..hati mama bagai disiat2 dik..betapa mama protect anak mama sorang nie. sapa2 pun sakitkan anak mama, memang mama marah orang tue. kakak2 sepupu adik smua ckp mama garang. mama tak peduli pun dik.. selagi dorang tak sakitkan adik, mama takkan marah dorang tanpa sebab..abah dan nenek adik marah mama sebab pukul abg fitri. mama cuma bela anak mama, sudahnya mama kena marah balik. tak pe la dik, janji mama dapat bela anak mama..dorang tak nak bela anak mama, biar mama sorang bela anak mama nie...
bila anak mama ni da besar, mama belikan baju cantik2 untuk anak mama..mama nak adik sentiasa comel pada mata mama..mama belikan apa pun mainan tuk adik..kadang2 abah marah gak mama sbb asik belikan mainan adik je..mama tak peduli dik..janji ati mama puas dapat tengok adik main..kadang2 bukan adik main pun..
mama minum milo, mama bagi adik sekali. mama makan coklat, mama bg adik sekali. mama makan aiskrim, adik pun dapat makan..kita share kan dik..tu pun kena marah sbb abah kata mama bagi adik makan yang bukan2..semua tu baik tuk anak mama sbb tu mama bagi adik makan..aper la abah ni , kan dik, :-p
besar harapan mama pada adik, sayang..mama nak adik jadi anak yang berguna. jadi anak yang bakal jaga mama dan abah bila adik da besar nanti..jadi anak yang bijak ye sayang..jangan nakal-nakal. dengar ckp mama dan abah. jangan malas..nati da boleh solat, jangan sekali2 tinggalkan solat ye sayang..
adik, kalau la mama tak panjang usia tuk jaga adik, adik tolong jagakan abah tuk mama ye sayang..tolong jagakan adik2 adik kalau ada adik nanti ye sayang..tolong sekali jagakan atuk dan nenek kalau mereka ada lagi ye sayang...
mama sayang adik sampai mati..sayang sangat-sangat...
No comments:
Post a Comment