Mama & Abah Zahin Bersatu

Daisypath Anniversary tickers

budak hensem semakin membesar

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, November 15, 2011

BERCUTI DI CAMERON HIGHLAND, PAHANG

11.11.2011 hingga 13.11.2011 ikut abah zahin ke cameron highland. dia ada bengkel. aku je yg gedik nak follow. sanggup amek cuti semata-mata nak ikut dia g cameron highland. ahmad zahin pun mesti seronok dapat jalan2. kita orang gerak ari jumaat dalam kul 10.00pagi. gerak 4 keter dari opis abah zahin.

- tengah tunggu abah loading barang2 kursus-

-main buai dulu sementara tunggu abah loading barang2 kursus-

-otw. mama nak pakai, dia pun sama sibuk nak pakai sunglases-

smpai cameron dalam kul 5petang. kitaorg check in di Heritage Hotel, Cameron Highland. Belum sampai da rasa sejuk nyer cameron tu. ahmad zahin seorang budak yang sangat-sangat-sangat suka dengan bas, lori, kontena dsb. keter2 ni dia tak minat langsung. masuk je pekan, da lalu lalang bas2 persiaran, lagi la sronok budak kecik tue. menjerit2 dlam keter bagitau dia nampak bas.langsung tak tido la, sbb asal nampak bas jer, dia melompat2, menjerit2..elok2 mata da layu nak tido, nampak bas terus segar smpai ke malam..aduiiyaii...

sejuk gila kat cameron. susah nak tgok matahari naik. cuaca lembab jer..sejuk. tido tak yah pakai aircond. nyamannn jer..nak kena dtg lagi nie. :-)

kat sana, kitaorg g ladang strawberry, ladang teh. tue jer..tak pegi pun taman2 bunga bagai tue. tak minat pun bunga2an nie. so, tak heran pun tak pergi sana..hahahaha...

yang paling seronok dalam trip nie, adalah AHMAD ZAHIN..pantang dapat keluar dari bilik..memang tak reti dok diam..ligat!!!..

- HERITAGE HOTEL-

- yeah!!! saya da sampai cameron highland-

- pasar malam pekan brinchang. ramai gila orang. dapat beli strawberry ngn sarung tangan si kecik ni jer-

- penat la abah. dok jap eh-
-sejuknyer kat sini mama, -
-dengan pakcik daus-
adik nak buat peace tapi tak jadi
-zahin, mama dan afiq-
-anak abah-
-nak naik ladang teh-
-benti amek gambar jap-
-adik tak larat la nak jalan, pakcik yus-

-mama, adik penat-
-da smpai puncak.penat, minum jap

- sayang afiq-
-jom kita balik- 
-sayang anak mama-
-abah dan mama-

video copy dari fb mama afiq. 


ahmad zahin membebel

nak datang lagi!!!!

Monday, September 12, 2011

manik

manik nie aku jahit sendiri..takde la secantik yang da pakar jahit manik kan, cuma pada aku, ianya satu pencapaian yang agak membanggakan pada diri aku sndiri..mak aku sndiri terkejut tengok aku leh jahit manik..nampak sangat aku ni tangan kayu..:-P

Tuesday, September 6, 2011

masih beraya bertiga lagi

ada antara kawan2 aku da beraya ber empat la, berlima la..
aku masih bertiga, aku, my comel dan my hero, ahmad zahin..
taun nie, turn beraya di klang, tanjung karang dan melaka
malas nak citer panjang2
just nak tepek2 gambar saja
enjoy!!


malam raya. sibuk meratah drummet.
pagi raya. atuk balik solat sunat raya jer, da smua cucu berebut nak dok ngan atuk

keluarga aku.

my little hero

mama & abah zahin saja. da sma warna latar la plak..
dengan ateh

maklong yg senget..
lima puteri haji ramli
pagi raya kedua. on the way balik melaka
da smpai melaka.


Monday, August 22, 2011

maafkan mama, sayang

sayang,
maafkan mama sayang,
mama tak sengaja
mama terlepuk adik
dengan agak kuat
sehinggakan adik mencebik
menahan tangisan

maafkan mama sayang

mama tau adik tak salah
adik tak sengaja sepak hp mama smpai jatuh

tapi entah apa yg masuk dlm badan mama
sehinggakan mama hilang kesabaran mama
sehinggakan mama tegar memukul adik
adik yg mama sayang sangat2

adik menangis
mama turut menangis sayang
mama menyesal sayang
maafkan mama sayang..

mama pujuk adik
mama peluk adik
mama cium2 adik
supaya adik tau
yang mama sayangkan adik

mama minta maaf yer, sayang..

*sehingga ke hari ini, aku menyesal kerana pukul dia*

Wednesday, August 10, 2011

Putus Tunang

sekarang nie kecoh dengan cerita Elia ngan Khairul Fahmi putus tunang. orang glamer, haruslah cerita masuk dada2 akhbar kan?? selang beberapa hari, Ally Iskandar pulak putus tunang. tapi citer dia takde la hangat smpai berminggu2 jika nak dibandingkan dengan Elia dan Khairul Fahmi tue kan?? padahal dua2 ramai yang kenal. abaikan la..

simpati jugak pada Elia atas apa yang berlaku. apa puncanya, hanya mereka yang terlibat sahaja yang tau. mcm aku nie, tau takat bila buka blog2 yg berkenaan. itu pun entah betul entah tidak citer tu, aku pun tak tau. setakat baca, dah...

bila baca citer kes pertunangan putus ditengah jalan mereka nie, teringat pulak citer aku. aku pun penah putus tunang jugak. aku pun sakit mcm maner dia sakit. sakit yang tak dapat nak diluahkan. rasa aku, sakit tue, mmg makan dalam punya la. tak tau la dia mcm ner kan. mungkin dia leh maafkan dan lupakan dan anggap ianya satu takdir.

citer aku nie pun da bertaun berlalu.. tak yah ungkit la pun, bukan penting.. cuma seingat aku, aku sakit sekejap je kot. menangis smpai bengkak2 mata tue rasa aku semalam jer. tu pun nangis sbb mak abah aku tepon tanya keadaan aku. klu mak abah aku tak tepon, rasa aku, aku mcm biasa je..silap2 aku leh g tengok wayang, bergelak ketawa ngan kawan2 baik aku..hahahah

mungkin sbb aku da dapat agak yang hubungan kami ini takkan kekal ke jinjang pelamin. so, aku da bersedia dari awal. sbb tu kot aku tak begitu sakit.

mudahkan cerita, redha saja dengan apa yang telah terjadi. anggap je ianya bukan jodoh kita, anggap sahaja dia bukan yg terbaik tuk kita. walau sayang mana kita pada dia, kita lepaskan saja ia pergi. anggap sahaja ia kenangan yg penah singgah dlm hidup kita. insyaallah kita pasti akan bertemu jodoh lebih baik dari pernah yang kita ada..INSYAALLAH.

Thursday, August 4, 2011

RAMADHAN YANG KE 27

tahun 2009, pagi ramadhan yang ke 27,
ahmad zahin telah selamat dilahirkan..

tahun 2010, pagi ramadhan yang ke 27,
ahmad zahin genap usia setahun

tahun 2011, pagi ramadhan yang ke 27,
ahmad zahin akan genap usia dia 2 tahun
Insyaallah

adakah ianya juga, malam lailatul qadar??
hanya ALLAH sahaja yang tahu

******************************************************************************************

KEMULIAAN MALAM LAILATULQADAR

Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Bulan Ramadan merupakan satu bulan yang penuh keberkatan di mana ALLAH S.W.T. meluaskan rahmat-NYA agar menaungi seluruh hamba-hamba-NYA yang tekun beribadah dan taat kepada-NYA dengan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Sabda Rasulullah s.a.w :

“Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, Kitab al-Shiyam, hadis no: 1079.Pada bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih mulia berbanding 1000 bulan, iaitu lailatulqadar. Padanyalah diturunkan al-Qur’an yang dijadikan panduan bagi seluruh umat Islam. Firman ALLAH S.W.T:

“Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatulqadar ialah malam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin TUHAN mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.” – Surah al-Qadr: 1-5.

Oleh itu, sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadan dan menepati malam lailatulqadar, ganjaran pahala amalannya itu melebihi ibadah yang dilakukannya selama 1000 bulan.

Apakah itu Lailatulqadar?

Tentang makna al-Qadr, sebahagian ulama berpendapat ia bermaksud pengagungan. Dari sini dapat kita fahami bahawa lailatulqadar bermaksud malam yang memiliki keagungan kerana diturunkan al-Quran pada malam tersebut, turunnya para malaikat, melimpahnya rahmat dan keampunan ALLAH serta ALLAH akan menganugerahkan keagungan (kemuliaan) kepada mereka yang beribadah pada malam itu.

Al-Qadr juga bermaksud penetapan. Oleh itu, lailatulqadar juga bermaksud malam penetapan segala urusan yang bakal berlaku pada tahun berikutnya. Ini jelas bertentangan dengan tanggapan kebanyakan umat Islam di Malaysia yang beranggapan bahawa malam Nisfu Sya’ban merupakan malam di mana ALLAH menetapkan apa yang ditakdirkan untuk kita pada tahun berikutnya. Mereka berhujah dengan Firman ALLAH S.W.T:

“Sesungguhnya KAMI telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat; (KAMI berbuat demikian) kerana sesungguhnya KAMI sentiasa memberi peringatan dan amaran (agar hamba-hamba KAMI tidak ditimpa azab). (KAMI menurunkan al-Quran pada malam itu kerana) pada malam yang berkat itu dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta ketetapan yang bakal berlaku.” – Surah al-Dukhan: 3-4.

Menurut tafsiran ‘Ikrimah, malam yang diberkati dan ditetapkan segala urusan manusia itu adalah malam Nisfu Sya’ban. Namun, pendapat ini tertolak kerana nas-nas yang sahih telah menjelaskan bahawa al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan dan malam yang diberkati itu adalah malam lailatulqadar sebagaimana yang terdapat di dalam surah al-Qadr yang telah penulis paparkan sebelum ini.

Al-Hafiz Ibn Kathir r.h ketika mentafsirkan surah al-Dukhan, ayat 3-4, katanya:

“ALLAH berfirman menjelaskan tentang al-Quran al-Adzim bahawa al-Quran diturunkan pada malam yang penuh berkat, iaitu malam al-Qadr sebagaimana firman ALLAH di dalam surah al-Qadr:

“Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam al-Qadr.” – Surah al-Qadr: 1.

Hal itu terjadi pada bulan Ramadan sebagaimana firman ALLAH S.W.T:

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa ialah) bulan Ramadan yang diturunkan al-Quran padanya, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dan yang salah. Oleh itu, sesiapa antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), dia hendaklah berpuasa pada bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir, (dia bolehlah berbuka kemudian dia wajib berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan itu) ALLAH menghendaki kamu beroleh kemudahan dan DIA tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Malah supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan ALLAH kerana mendapat petunjuk-NYA dan supaya kamu bersyukur.” – Surah al-Baqarah: 185.

Apa yang dapat diambil pengajaran di sini ialah sesiapa yang mengatakan bahawa malam yang dimaksudkan (dalam surah al-Dukhaan itu) adalah malam Nisfu Sya’ban seperti yang diriwayatkan daripada ‘Ikrimah, bererti dia telah menjauhkan diri dari pengertian asalnya. Ini kerana, nas al-Quran menegaskan bahawa yang dimaksudkan dengan malam yang penuh berkat itu (lailatulqadar) adalah pada bulan Ramadan.” – Rujuk Kitab Tafsir al-Quran al-‘Adzim karya al-Hafiz Ibn Kathir, jil. 4, ms. 137.

Syeikh Muhammad Abdul Salam r.h berkata:

“Keyakinan bahawa malam Nisfu Sya’ban adalah malam al-Qadr adalah keyakinan yang salah. Demikian kesepakatan para ulama hadis sebagaimana dijelaskan oleh Ibn Kathir di dalam tafsirnya. Ketika menjelaskan Sunan al-Tirmizi, Ibn al-’Arabi mengatakan bahawa firman ALLAH di dalam surah al-Dukhan, ayat 3: Sesungguhnya kami menurunkan al-Quran bermaksud diturunkan pada malam Nisfu Sya’ban adalah tidak benar kerana ALLAH tidak pernah menurunkan al-Quran pada bulan Sya’ban.

Tetapi, ayat itu harus difahami secara lengkapnya sesungguhnya kami menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr di mana lailatulqadar itu hanya wujud pada bulan Ramadan. Hal ini juga ditegaskan oleh ALLAH di dalam surah al-Baqarah, ayat 185: Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah pada bulan Ramadan yang diturunkan al-Quran padanya. Keyakinan al-Qadr berlaku pada malam Nishfu Sya’ban sangat bertentangan dengan Kitabullah dan sangat jauh terpesong dari isi kadungannya.

Perlu kami ingatkan bahawa ALLAH sendiri telah menegaskan tentang malam itu di dalam surah al-Dukhan, ayat 3: (KAMI menurunkan al-Quran pada malam itu kerana) pada malam yang berkat itu dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta ketetapan bermaksud pada malam al-Qadr dijelaskan segala hal kepada malaikat bukannya pada malam Nisfu Sya’ban.” – Rujuk Kitab al-Sunan wa al-Mubtada’at karya Muhammad Abdul Salam Khadr al-Syaqiry, ms. 156.

Disebabkan oleh kekeliruan ini, mereka telah menciptakan pelbagai ibadah yang khusus seperti membaca surah Yasin sebanyak tiga kali diselang-selikan dengan doa-doa yang tertentu agar tahun yang mendatang bakal lebih baik dari tahun itu. Ternyata amal ibadah tersebut tidak ada contohnya daripada Rasulullah s.a.w mahupun para al-Salafussoleh dan sewajarnya dinilai semula oleh semua pihak. Ini adalah kerana Rasulullah s.a.w telah mencela amalan bid’ah melalui sabdanya:

“Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah Kitabullah (al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (sunnah) serta seburuk-buruk perkara adalah sesuatu yang diada-adakan dalam agama dan setiap yang diada-adakan termasuk kategori bid’ah dan semua bid’ah itu menyesatkan.” - Hadis riwayat Muslim dalam Sahihnya, no: 867.

Bilakah Berlakunya Lalitaulqadar?

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Carilah lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2017.

Sabda Rasulullah s.a.w :

“Carilah (lailatulqadar) pada sepuluh malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1165.

Kombinasi dari kedua-dua hadis di atas dapatlah kita simpulkan bahawa kita sepatutnya menggandakan ibadah pada malam yang ganjil bermula sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan terutamanya pada malam ke 23, 25, 27 dan 29. Namun demikian Rasulullah s.a.w. apabila tiba sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadan, baginda akan menggandakan ibadah baginda maka amalan sebeginilah yang afdal untuk diamalkan kita semua. Baginda bersungguh-sungguh merebut peluang untuk melakukan ibadah sambil beriktikaf di masjid. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h:

“Dari segi bahasa, iktikaf bermaksud membatasi diri pada sesuatu. Sedangkan menurut pengertian syarak, ia bermaskud individu tertentu menetap di dalam masjid dengan cara khusus (menepati sunnah).” – Al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, Fath al-Bari, jil. 11, ms. 538.

Ketika beriktikaf, umat Islam dianjurkan memperbanyakkan ibadah sunat seperti solat, berdoa, berzikir, membaca al-Quran, berselawat ke atas Nabi s.a.w, mempelajari ilmu-ilmu agama dan lain-lain amalan yang soleh.

Aisyah r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh beribadah pada sepuluh hari terakhir (bulan Ramadan) yang tidak pernah dilakukannya pada waktu yang lain.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1174.

“Sesungguhnya Nabi s.a.w biasa melakukan iktikaf pada sepuluh yang terakhir di bulan Ramadani sehingga ALLAH mewafatkan baginda.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih nya, no: 2026.

Aisyah r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh melakukan ibadah pada sepuluh hari terakhir yang tidak pernah dilakukannya pada waktu lain.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1174.

Doa yang amat dianjurkan dibaca pada malam lailatulqadar selepas membaca tasyahhud adalah sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib r.a:

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w membaca pada solat witirnya (selepas tahiyat):

“Ya ALLAH! Sesungguhnya AKU berlindung dengan keredhaan-MU daripada segala kemurkaan-MU. AKU juga berlindung dengan kemaafan-MU daripada segala balasan yang bakal ditimpakan. AKU juga berlindung dengan Zat-MU yang tidak terhitung segala nimat dan belas kasihan yang telah ENGKAU berikan, kami hanya mampu berusaha memuji-MU seperti mana pujian yang layak bagi Zat-MU.” – Hadis sahih riwayat al-Tirmizi, al-Nasaai, Abu Daud, Ahmad dan selainnya.

Selain dari itu, dianjurkan kan juga untuk berdoa sebagaimana dikhabarkan dari ‘Aishah r.a dia berkata:

Ya Rasulullah, apa pendapatmu apabila aku mendapati salah satu malam daripada Lailatul Qadar, apakah yang sepatutnya aku ucapkan. Rasulullah menjawab:
Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni (Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihi untuk mengampun, maka ampunilah aku.
- Hadis riwayat Imam Ibnu Majah di dalam Sunannya, no: 3840

Semoga Ramadan pada tahun ini kita semua dapat mendapat malam lailatuqadar dan kita dapat mengisi sepanjang bulan ini dengan amal-amal ibadah yang sabit daripada Rasulullah s.a.w. serta mengerjakan amal-amal soleh. Lantaran dari itu semoga kita semua dapat menikmati segalan ganjaran pahala seperti yang telah dijanjikan oleh ALLAH S.W.T. kepada hambanya yang taat kepada perintah-NYA. Ada golongan yang menyatakan bahawa puasa bagi golongan yang tinggi makamnya adalah mereka yang berpuasa semata-mata ikhlas kerana ALLAH S.W.T tanpa menginginkan ganjaran pahala tersebut. Ternyata pemikiran sebegini tidak pernah diajar oleh Rasulullah s.a.w. Sememangnya amal ibadah kita perlu dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan pada masa yang sama bukanlah menjadi satu kesalahan untuk mencita-citakan ganjaran pahala serta syurga daripada ALLAH S.W.T.. Buktinya ALLAH sendiri telah berfirman:

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari TUHAN kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa – ‘Aali Imraan (3) : 133

Tambahan pula Rasulullah s.a.w. juga menganjurkan kita untuk mengharapkan ganjaran daripada ALLAH S.W.T. sebagaimana sabdanya:

“Sesiapa solat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran (daripada ALLAH), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” – Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Sahihnya, no: 759.

*sumber :- yahoo

potong rambut


sehari sebelum puasa, aku, abahzahin ngan zahin pergi la satu kedai nie
kedai ni mmg da biasa potong rambut aku..skarang rambut zahin pulak
malas nak pergi kat kedai mamak. tak tau naper..

sebelum2 nie, msa zahin kecik, zahin takat nangis jer..
sekarang nie dia da besar..
so, da panndaaii menunjukkan perasaan

sampai2 kedai jer, zahin masuk je kedai tue, da peluk kaki aku da
aku tau da dia mesti takut punyer
yg kelakar nyer siap ajak aku keluar balik dari kedai tue
aku umpan ngan lori mainan dia
lupa pulak belikan dia coklat ke jajan ker

tunggu punye tunggu, tiba la giliran dia nak dipotong rambutnyer
duduk je atas kerusi , nak balut badan dia ngan kain
da meraunggg
siap tendang2 aku
siap gigittt2 aku
subhanallah sakittnyer
aku pujuk2 dia,
tak jalan gak pujukan aku tue

akak yg nak potongkan rambut dia suh umpan ngan apa2 yg boleh lekakan dia
suh abahzahin g kedai
carikan mainan ker
aper ker
abahzahin belikan lolipoop
lolipoop mmg feberett zahin

elok je dpt lolipop
turn dia smula
msa ni mmg redah jer
ngamuk ker
aper ker
rambut kena potong jugakk

aku peluk dia kuat2
smbil pujuk2 zahin
abah dia pulak tolong pegangkan kepala
zahin kalau ngamuk, dia main hantuk2 paler
akak potong rambut dia main potong jer
aku ckp, takpe la kak
tak cntik sgt pun tak per
janji potong...

zahin siap gigil2 lagi menangis
punyer marah ngan aku
nangis teran2 tue
sekejap je punnnn
pas siap smua, nangis tak berhenti lagi tu
sedihh betul la tu kena paksa ngan mama

kibas rambut2 dia smua
cuci muka,
dokong dia
umpan ngan lolipop
masih gak nangis

dia benti nangis bila kuar dari kedai gunting tue
sabor je la
sudahnyer balik tak pakai bju
tak pakai sluar
pakai pampers smata2
ngan mata bengkak...

bila aku ingat2 kan balik
zahin ni mmg tak suka rambut dia dipotong sejak lahir
msa dia usia 30ari, botakkn pale dia masa akikah
cmtu jugak la dia nangis
meraung2 tak suka
ni da nak usia 2 taun,
msih perangai yg sama
tak suka dipotong rambut nyer
rambut da la lebaattt
klu tak potong
jd apa???
*zahin kalu potong rambut, rupa dia mcm nie*
*ni kalau dibiarkan rambut dia panjang*

*aku suka gak sebenarnya klu rambut dia panjang, COMEL!!*

Friday, July 29, 2011

pemain

nenek belikan jersi malaysia untuk adik. nama safee sali lagi
nanti adik besar, adik jd pemain bola sepak yer!

Tuesday, July 26, 2011

happy besday

happy besday to me, :-)

hadiah paling berharga untuk aku,
adalah dikurniakan suami yang terbaik, abah yang terbaik untuk anak aku,
dan anak yang paling hensem, paling comel, paling bijak dlm hidup aku, AHMAD ZAHIN..
dapat mereka ini, benda2 yang lain aku da tak ambil peduli. tak ambil peduli handbag baru ker, wallet baru ker, gelang emas ke, rantai emas ker..mereka lagi berharga dari segala2nya..

terima kasih ALLAH,
kerana berikan aku
ibu bapa yang terhebat dlm hidup aku
adik beradik yang terhebat dlm hidup aku
kawan2 yang paling hebat yg aku ada sepanjang hidup aku
terima kasih, ALLAH..

Tuesday, July 19, 2011

berperang..

siapa yang tak bergaduh kan?
siapa yang tak berselisihan faham kan?
da namanya manusia
mestilah akan ada pertelingkahan lidah
mestilah akan bergaduh
berselisihan faham
tak kira la
anak ngan ibu ker
anak ngan ayah ker
adik ngan kakak ker
adik ngan abg ke
suami isteri
ipar duai
kawan baik

inilah yang berlaku
bergaduh
elok2 melibatkan dua pihak
jadi 3-4 pihak
makin lama
makin besar
makin lama makin melerett-lerett
haiiisshh
yang jadi mangsa
anak2

kadang
belajar setinggi langittt
tapi ada gak bodohnyer
yang tak belajar setinggi langit
boleh berfikir lebih baik dari yg belajar setinggi langit
cmner tue?

sbb tue jgn ingat
awak tue belajar setinggi langit
awak tue tak bodoh..

*aku belajar tak setinggi langit, aku harap aku tak sebodoh org2 yg belajar setinggi langit yang kadang2 anggap diri dia tue "pandai" sangat*


Monday, June 20, 2011

HARI BAPA

hari ahad ketiga dalam bulan JUN adalah HARI BAPA. so, tahun nie, jatuh pada 19.6.2011.

hari bapa tahun nie, alhamdulillah, aku dan adik beradik dapat berkumpul di rumah keluarga aku untuk menyambut hari bapa tahun nie. takde kek, takde hadiah. setakat kumpul, makan bbq da cukup bermakna, da cukup meriah...makan bbq dicampur dengan nasi goreng mak aku yang paling sedap atas muka bumi ni da cukup mengeyangkan aku smpai sok pagi. mana tak kenyang kan, makan bagai nak gile, wakakakka

so, pada abah, selamat hari bapa kak cha ucapkan pada abah. walaupun abah tak dpat nak baca apa yg kakcha coretkan ini, tapi kak cha nak tulis jugak. buat tatapan kakcha dihari tua nanti.

abah, kak cha sayanggg sangat pada abah. abah lah satu2 nya abah yang kakcha ada dalam dunia ini. segarang mana abah, kak cha tetap sayang abah. terima kasih atas segala pengorbanan abah pada kak cha dan adik2 yang lain sehingga kami jadi seperti ini. dapat berbakti pada mak dan abah. semoga allah panjangkan usia abah untuk abah terus menikmati keindahan hidup bersama kami, anak2 abah dan cucu2 abah..INSYAALLAH..

untuk abang aka abah zahin,
selamat hari bapa jugak mama ucapkan pada abang. maaf, mama takde daya nak ucap berdepan dengan abang kerana sudah pastinya, air mata yang akan mengalir dahulu sebelum kata2 dapat mama ungkapkan untuk abang. mama sayang sangat pada abang. terima kasih atas segala pengorbanan abang untuk mama dan anak kita, ahmad zahin. terima kasih diatas keberanian abang menemani mama semasa mama nak lahirkan anak kita. tanpa keberanian abang, mama pasti mama jugak takkan berani untuk menempuh saat2 melahirkan anak kita yang sangat2 comel dan banyak akal sekarang. semoga allah panjangkan usia abang untuk terus melindungi mama dan anak kita, terus menyayangi mama dan anak2 kita. abang adalah ABAH yang terbaik untuk anak2 kita. INSYAALLAH..

Thursday, May 26, 2011

adik DEMAM LAGI

lupa nak cerita

semalam adik demam lagi
tuk kali kedua

actually, khamis minggu lepas dia demam
panas sangat
aku terpaksa EL aritue sbb
adik sangat2 lemah
demam sampai gigil2
kali ni aku kuat sikit semangatnyer
klu tak dulu,
adik demam jer
mesti aku yg nangis
huhuhuhu

pagi, bawa g klinik
dapat ubat smua,
aku pantau keadaan dia satu ari
alhamdulillah, kurang sikit demam dia

khamis petang
abah zahin balik dari pd
ada seminar
dahhh
dia plak demam
aku da pening nie
dua2 hero aku demam

yang kecik, tak moh langsung berenggang ngan aku
yang besar, langsung tak moh makan ubat
anak ngan abah, sama jer
takut ngan ubat
lagi tensyeen aku dibuatnyer

sudahnyer
sorang melalak kena paksa makan ubat
yang lagi sorang
dok la tenung panadol tu berjam2

ari jumaat
aku keje
terpaksa tinggal kan adik ngan abah dia
yang masih demam
dalam ati
berdoa semoga demam adik kebah

sabtu ahad
berkurung dalam umah
tepu otak aku
tak kuar umah
adik plak semakin sembuh
alhamdulillah..

isnin, aku keje macam biasa
tinggalkan zahin pagi tue
da melalak pulak
mana taknyer
ari khamis, aku ada
jumaat, abah dia ada
sabtu ahad, mama abah dia ada
manja la dia kan...

isnin selasa adik ligat mcm biasa
lega ati aku
malam selasa tue,
rasa da panas badan si adik nie
silap aku
mmg silap aku
asal demam da baik sikit
aku stop bg antibiotik
sedangkan antibiotik tue
kena bagi smpai seminggu

pagi rabu, sebelum g keje
aku bg antibiotik
dengan tampal cool fever
da pesan kat nenek dia
kalu demam, bagi tau

kul 10pagi
abah zahin tepon
adik demam
balik umah
tengok anak aku
terlantar jer

ya allah
menitik air mata aku
tengok anak aku
sangat2 lemah keadaan dia

aku cium dia
aku peluk dia
dia sangat2 lega dalam pelukan aku
siap tutup mata
mungkin dia ngantuk dan tak larat

bagi ubat demam
tampal cool fever
bawa g klinik kerajaan

smpai2 klinik
tak terima plak
kata patient da ramai menunggu
bukan dia peduli pun ngan anak aku yg demam tue
aku malas bertekak
aku balik
ajak abah zahin g spital

buat check up kat spital ampang
dok kata tekak dia bengkak
sbb tue dia demam

alhamdulillah,
adik cuma demam
klupun begitu
aku tetap risauu

klu boleh
aku taknak langsung anak aku demam

aku nak dia ceria2 selalu

:-(

NORA ELENA

rata2 smua orang dok heboh citer NORA ELENA nie
best sgt ker??
citer diadaptasi daripada novel
novel aper eh??
jap2 aku ingt balik

ha
KASIH YANG SUCI
aku pun tak ingat aku da baca ke blum buku nie
aku ni bleh la kata kaki novel
ada la gak koleksi2 novel
tapi
tu la
tak sure plak
ada ke tak novel ni dlm koleksi aku
hihhiihih

ni tengah dok tunggu buffering
lambat sungguh la
da la nak kena tengok balik dari episod 1
jenuhhh wehh
aku ada dua ari jer
nak khatam apa yg aku tertinggal


aku nak tengok
sbb ada aaron aziz jer..
:-)

HOLA!!!


yeah!!!
aku dapat beli tiket g k.kinabalu.
tahun depan
seposen pergi balik
walaupun g kk je
tapi aku ttp excited
sbb tak penah jejak lagi kot kat sana
tiap2 arinie bilang hari
bila nak abis taun 2011
hahahaha..
siap mimpi2 lagi bila tidur
angau sudah
:-)
*salah satu hajat aku adalah nak jejakkan kaki kat SABAH*

aunty wau, next year, my turn, :-p

Wednesday, April 20, 2011

gelagat ABG AHMAD ZAHIN

ni berlaku pagi tadi. aku bwa si kecik nie g klinik..amek ubat batuk dan selsema dia. pagi2 smpai klinik, ini yang dibuat (sebelum berjumpa doktor)



*selongkar handbag mama utk cari wallet*
*yeah!! saya da jumpa wallet mama (kenal plak tue wallet aku yg mana satu)*
*duduk tengah2 hall klinik tue nak buka wallet mama*
*mula da kuarkan sekeping demi sekeping duit yg ada*
*duit mama klu tak cepat selamatkan, mau kena koyak*
*mama amek balik wallet..dia bosan, dia g memanjat lak*
*berjaya memanjat tanpa bantuan mama*

tak lama pastu doktor panggil tuk check dia. alhamdulillah, demam dia sikit jer..da nak kebah pun. cumanya sok nak p penang. tu yg nak tak nak kena amek ubat gak..utk standby

dlm bilik doktor, dpt gula2..da sibuk suruh buka lak lolipop tue..aduuyaiii..doktor nie pun, tak yah la kasi anak aku tu gula2.dia bukan tak kenal benda tue gula2..

tapi aku pun yang makan, bukan anak aku yang makan gula2 tue..taknak biasakan dia makan gula2, kang rosak gigi..

p/s :- tengok la sndiri betapa tak terkawalnyer si kecik nie..ada je benda dia nak buat, aduiiyaiii..makin ligat

Tuesday, April 12, 2011

kat PD pulak

balik dari gambang, rehat seminggu tak pergi memaner, ari jumaat lepas, pergi ke PD pulak. abahzahin da booked dua rumah tuk bercuti. satu umah kitorg, satu lagi umah kakak ipar aku sekeluarga.

kitaorg gerak dari umah jumaat petang. smpai malam la kat pd tu. singgah makan kat kedai JIMAT SEAFOOD. dan2 aku pun terimbas2 kembali segala kenangan aku kat pd dulu. banyak kot kenangan kat sana. dari masuk je pekan pd sampailah hujung pekan pd. merata2 kenangan aku ngn kawan2 kat situ. lalu pulak dpan poli, lagi la terasa rindu. rindu saat2 jadi pelajar dulu. sekarang politeknik pd da jauh berubah. makin besar kawasannya, makin warna-warni warna bangunannya..

tido kat ILF, PD. abah zahin kat orang fama, so leh la booked bilik kat ILF tue. sampai2 jer, masing2 da kepenatan..

yang paling teruja adalah, sapa lagi kalau bukan AHMAD ZAHIN. keluar masuk bilik je keje dia. dengan tak tanggal kasut, mulut menceceh2 bebel2 bahasa dia yang satu butir pun aku tak faham. tapi, aku tau, dia sangat2 seronok dari tingkah laku dia. senyum tak hilang2 dari muka dia..bahagianyer aku rasa sbb dpt gembirakan ati anak aku yg sorang nie..

aku pun teruja gak. teruja nak bagi anak aku mandi kat kolam renang. anak aku suka main air. so, dia mesti seronok dpt main air smpai berbirat..kalau tak caya, tengok gelagat dia nie..



*mama & abah belikan pelampung ben10 utk adik*

*AHMAD ZAHIN dan sepupu dia, KHALIF RUSYAIDI*
*main kat tengah2 kolam dewasa*
*tangan sibuk mengayuh kat air*
*ngan abah. sama kan muka kami, :-p*

*masa mula2 kena rendam dalam kolam. muka ketat jer, ahahahha*
*ahmad zahin, abah dan abg kimi*



lepas nie, trip ke penang dan cameron highland pulak, Yeye!!!