Mama & Abah Zahin Bersatu

Daisypath Anniversary tickers

budak hensem semakin membesar

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, August 10, 2011

Putus Tunang

sekarang nie kecoh dengan cerita Elia ngan Khairul Fahmi putus tunang. orang glamer, haruslah cerita masuk dada2 akhbar kan?? selang beberapa hari, Ally Iskandar pulak putus tunang. tapi citer dia takde la hangat smpai berminggu2 jika nak dibandingkan dengan Elia dan Khairul Fahmi tue kan?? padahal dua2 ramai yang kenal. abaikan la..

simpati jugak pada Elia atas apa yang berlaku. apa puncanya, hanya mereka yang terlibat sahaja yang tau. mcm aku nie, tau takat bila buka blog2 yg berkenaan. itu pun entah betul entah tidak citer tu, aku pun tak tau. setakat baca, dah...

bila baca citer kes pertunangan putus ditengah jalan mereka nie, teringat pulak citer aku. aku pun penah putus tunang jugak. aku pun sakit mcm maner dia sakit. sakit yang tak dapat nak diluahkan. rasa aku, sakit tue, mmg makan dalam punya la. tak tau la dia mcm ner kan. mungkin dia leh maafkan dan lupakan dan anggap ianya satu takdir.

citer aku nie pun da bertaun berlalu.. tak yah ungkit la pun, bukan penting.. cuma seingat aku, aku sakit sekejap je kot. menangis smpai bengkak2 mata tue rasa aku semalam jer. tu pun nangis sbb mak abah aku tepon tanya keadaan aku. klu mak abah aku tak tepon, rasa aku, aku mcm biasa je..silap2 aku leh g tengok wayang, bergelak ketawa ngan kawan2 baik aku..hahahah

mungkin sbb aku da dapat agak yang hubungan kami ini takkan kekal ke jinjang pelamin. so, aku da bersedia dari awal. sbb tu kot aku tak begitu sakit.

mudahkan cerita, redha saja dengan apa yang telah terjadi. anggap je ianya bukan jodoh kita, anggap sahaja dia bukan yg terbaik tuk kita. walau sayang mana kita pada dia, kita lepaskan saja ia pergi. anggap sahaja ia kenangan yg penah singgah dlm hidup kita. insyaallah kita pasti akan bertemu jodoh lebih baik dari pernah yang kita ada..INSYAALLAH.

1 comment:

  1. ya betolll! n u r lucky to have Fahmi as ur hubby.. nampak die sangat caring n sayang kat ko.. wish u hapiness forever after dear.. ;)

    ReplyDelete