Mama & Abah Zahin Bersatu

Daisypath Anniversary tickers

budak hensem semakin membesar

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, October 28, 2010

ANIVERSARY KEDUA


enjoy gambar dulu eh...

*chicken sup utk si kecik*
* grilled chicken - mama punyer *
* kuey tiow - abah punyer *
* air mama *
* geram ngan abah *
* anak mama *
* hensem boy *
* nama restoran *

alhamdulillah, da dua tahun aku dengan abahzahin sebagai suami isteri pda 25.10.2010 yang lalu.

just keluar makan bertiga di restoran kat menara tinjau ampang nun. pestime datang nie..slalu lalu je. nasib la ari biasa, so tak ramai orang..kalu ari minggu, ada gak yang kena panjat tuk naik ke atas..giler tinggi..ngan anak aku yg agak montel tue, tak de nyer aku nak gagahkan jugak memanjat semata2 nak makan kat restoran atas bukit..

so far, sedap jugak la makanan dia..smpai ke pagi esoknyer, aku masih terasa kenyang weh..


untuk SUAMIKU

For The Rest Of my Life

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say


For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my HUSBAND and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally


I know that deep in my heart..

budak notty

ini la dia budak notty tu

da la baru berjalan, patu da berani nak berdiri atas pon2 dia tue tanpa pegang

wah..wah..wah..

tunjuk hero nampak

*muka bertepek bedak comot2..comel!!!

Tuesday, October 26, 2010

doakan dia

nama baby nie, muhammad mustaqim bin mohd shahnezam. anak kepada kawan aku. dia lemas ketika dilahirkan. lahir pada 19.10.2010 yang lalu..

mengikut apa yang ayah dan ibu kepada baby nie cerita pada aku, doktor menjangkakan ada kerosakan otak pada baby ini disebabkan keadaan dia yang da pengsan ketika dikeluarkan dari perut ibu dia (pembedahan).

sehingga sekarang, msih di wad nicu, hospital putrajaya..

minta kawan2, akak2 sekelian doakan kesejahteraan baby ini. semoga baby ini sihat dan kuat semangat seperti ibunya. ibu nya langsung tak menitiskan airmata ketika aku melawat dia di hospital tempoh hari. da la berjahit atas bawah, dengan anak tengah bertarung nyawa di nicu..kalau aku la, mau meraung...

* baby, makcik doakan baby cepat sembuh tanpa sebarang kecacatan, tanpa sebarang penyakit. doktor hanya meramalkan tapi semua ditangan ALLAh kan.. baby kuatkan semangat yer sayang. insyaallah, makcik akan datang melawat baby.

nak menitis airmata tengok picture ni kat fb ayah baby...

Thursday, October 21, 2010

si kecik


si kecik yang makin membesar nie, makin bijak...

tengok la gambar nie, aku sibuk melipat baju, dia pun sama sibuk nak tolong..mula2 spenda masuk kat kepala dia tue, patu melalak sbb rimas..aku tanggalkan..dia main2 lagi ngan timbunan baju aku tue, seluar pulak dia sarung kat kepala..aku geram, aku tangkap gambar. siap pandang, patu jelir lidah lak tue..adui.. geram je rasa

* buwek kat mama*


* 4 bulan- meniarap
* 6 bulan - merangkak + tumbuh gigi
* 7 bulan - duduk tegap + tumbuh lagi gigi
* 8 bulan - berdiri, memanjat, menggigit + da ada 10 btg gigi (2 geraham)
* 13 bulan - berjalan



Wednesday, October 20, 2010

13 bulan

si kecik hensem aku nie da 13bulan..

dan diusia 13bulan nie,

dia da mula menapak..

akhirnya,

serius, tak sabar gila nak tengok dia berjalan

mesti comel

da la ketot..

hahahahahahhaha

Tuesday, October 19, 2010

pujuk

dia datang pujuk
sejuk sikit hati ni
tapi masih belum sembuh sepenuhnya

akui, dia mmg sanggup buat apa je demi aku, untuk aku
akui dia memang sayangkan aku

tapi

dia masih tak mahu mengerti apa sebenarnya yang tersirat dihati

rajuk dihati

pada siapa untuk aku luahkan apa yang aku rasa ini
alangkah baiknya jika si kecik itu faham apa yang mama dia rasakan sekrang nie..

aku perlukan seseorang yang bisa memahami
aku perlukan seseorang yang bisa boleh rawat hati ini
aku perlukan seseorang yang bisa boleh kembalikan senyum dan tawa aku
aku perlukan seseorang yang bisa menyokong aku
aku perlukan seseorang tapi siapa..

yang pasti, ada rajuk dihati

puas sudah aku berfikir
patut kah ada rajuk dihati aku
sekali fikir, patut
sekali lagi fikir, tak patut

bukan tak pernah aku rawat sendiri ati aku
berulang kali
kali nie berulang lagi
mungkin permintaan aku selama ini terlalu payah untuk di laksanakan

tak per la
untuk sekian kalinya
aku takkan meminta apa2 pun selepas ini
untuk elakkan ada rajuk dihati
yang bisa aku rawat sendiri

aku da letih
biarlah ianya baik sendiri
sudah puas air mata ini mengalir dengan sendiri
tanpa henti


Thursday, October 14, 2010

fikir dulu

tiap2 hari, ada masa mesti buka blog. patu cari blog kak ayu, cari blog kak ina, kak jiey, blog hidd, kak asz. tiap2 hari baca blog meraka2 ini. walaupun kadang takde entry terbaru, tetap buka juga. da jadi satu kemestian la plak..

semalam, kak ayu, kak ina, kak jiey wat post psal blogger..

tak faham la..naper mesti ada orang berhati begitu kan..

kak ayu, kak ina dan kak jiey cuma berkongsi rasa, berkongsi pengalaman, berkongsi cerita..pada aku, mereka bukan nak tagih simpati. malah cerita mereka tu smua boleh jadikan panduan. mereka2 nie smua ibu2 yang hati nyer sangat tabah dengan dugaan dari ALLAH S.W.T.

korang tak rasa mcm mana akak2 nie rasa, dan korang tak tau macam mana sakitnya dorang menghadapi smua nie. tak merasa, jangan la nak sibuk2 mengata..

tak suka baca, belah dari blog mereka. tak payah nak sibuk2 tinggalkan komen yang bakal menambah luka di jiwa..

pernah blog kawan aku, ditiru sebulat2 nya..da kena maki, barula nak minta maaf..selagi tak kena maki, tak tau kesalahan diri sendiri..PADAN MUKA

aku sangat2 kagum dengan semangat yang ada pada kak ayu, kak ina, kak jiey, dan akak2 yang lain. walaupun aku tak merasa mcm mana dorang rasa, sekurang2 nya aku dapat faham..

* sangat kagum ngan akak2 smua

Monday, October 11, 2010

something to share

jumpa notes ni kat facebook..mungkin ada yang da baca, mungkin ada yang belum..

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.

Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)



Thursday, October 7, 2010

tahun ke dua


25 Oktober setiap tahun adalah tarikh ulang tahun pernikahan aku dengan abahzahin. 25 Oktober tahun ini adalah merupakan tahun kedua kami sebagai suami isteri. sekejap je da dua tahun kami berkahwin. sepanjang dua tahun ini, alhamdulillah, hubungan kami lancar tanpa sebarang masalah yang boleh menggugat keharmonian rumah tangga kami. Ditambah lagi dengan kehadiran cahaya mata kami yang pertama, AHMAD ZAHIN menambahkan seri hidup kitaorang berdua.

apa istimewanya abah zahin dimata aku.

dia seorang yang sangat-sangat comel. serba serbi comel. gaya dia, tingkah laku dia, memang menyenangkan la.

dia juga seorang yang sangat2 menghormati mak dan abah dia. orang kata, kalau lelaki tue hormatkan mak dia, dia juga akan hormat kita sebagai mak kepada anak2 dia nanti.

sangat-sangat penyabar. contra dengan aku nie yang kejenyer nak mengamuk jer. bila aku panas, dia akan cool down kan aku balik.

seorang yang baik hati. pada dia, biarlah orang lain buat jahat kat dia, tapi utk dia membalas then berdendam ngan orang tue, tidak sama sekali. kalau aku la, dendam sampai mati weh.

dia penyayang sangat orangnya. anak2 buah dia smua sayang kat dia termasuk anak buah aku. anak buah aku, kalau pakngah dia datang, tak berenggang langsung. di ajak nyer pakngah main bola la, baca buku la, gelak ketawa la..

seorang yang kelakar. anak aku terkekek2 bila bermain ngan abah dia. ada je tingkah laku abah dia yang buat anak aku ketawa. dengan aku, takde la..

lagi aper eh,

anak menantu yang baik. alhamdulillah, abah dan mak aku sayang abah zahin macam anak2 dia yang lain..

dan yang paling penting,

seorang yang ada pegangan agama yang kuat. jangan tak tau, abah zahin dulu pernah jadi ustaz di salah sebuah sekolah rendah agama di Rawang. insyaallah, dengan pegangan agama dia yang kuat, dia boleh membimbing aku dan anak2 aku nanti ke arah hidup yang lebih diberkati..INSYAALLAH..

Biarlah suami aku tak se handsome orang lain, biarlah suami aku tak sekurus orang lain, biarlah suami aku tak sekaya orang lain, yang penting, hati dia baik. aku terima dia seadanya sepertimana dia terima aku seadanya. aku bahagia hidup dengannya.

* sayang suamiku sampai mati. sampai syurga *
* semoga perkahwinan kami kekal sehingga akhir hayat kami, insyaallah*
* abah yang penyayang*
*anak ngan abah sama comel*
* si comel buah hati kami*
* mama, ahmad zahin & aunty jack (best friend mama)
* anak mama *
* pengubat jiwa lara *
* like abah, like son *
(calon imam muda)

Wednesday, October 6, 2010

mengantuk + bosan

sampai tertido2 aku kat depan komputer nie ha

tak de keje kau. camtu la kekdahnya

harusla sangap lantas terlelap seketika

balik nie nak kena sambung lelapkan mata

tapi boleh ker

jumpa ahmad zahin kang jap g, terus hilang rasa mengantuk

pengubat duka lara




setiap kali tengok tv (iklan) dan tiap petang bila menantikan kepulangan aku dari kerja, cmnie la gayanya

menghitung hari

hari demi hari aku menghitung waktu, menghitung hari

sebab / untuk :-

* tak sabar nak balik rumah. nak jumpa ahmad zahin
* tak sabar nak hari sabtu dan ahad. hari untuk bermalas2 an di hujung minggu
* tak sabar nak ujung bulan. 4 sure utk gaji
* tak sabar nak tunggu ahmad zahin pandai jalan. nak bawa ahmad zahin jalan2 taman
* tak sabar nak tunggu tuk datang. da lama tak jumpa tuk (nenek belah mak)
* tak sabar nak tengok abah pergi mekah untuk menunaikan haji. akhirnya hajat abah telah dimakbulkan..
* tak sabar nak bertukar dari sini. insyaallah, lagi 2-3 tahun..(lamanya!!!)
* tak sabar nak tunggu ahmad zahin pandai sebut mama, abah

dan yang paling penting

tak sabar nak tunggu ianya menjadi milik kami..
(mungkin esok@ lusa@ tulat@ tunggeng@ ujung bulan@ awal bulan depan@ ujung tahun@ awal tahun depan)

*setiap ari, setiap waktu nie berangan. baik aku, baik abah zahin..aduyai!!!..parah2..selagi tak dpt, selagi tu la dok berangan..

Monday, October 4, 2010

GIGIT MAMA!!!

nampak gigi bawah jer dik,
yang ni nampak geraham dia

oh anakku..

hobi dia sekarang adalah menggigit..

sakit weh dia gigit..

gigi dia sikit punyer banyak

sama balance atas da bawah

geraham da ada dua okeh..

sepupu dia baru ada 4 batang gigi

* tang gigi ko mmg hebatlah dik,

time dia geram, dia gigit bahu aku
time dia geram, dia gigit pipi aku
time dia geram, dia gigit rahang aku
time dia geram, dia gigit jari aku, lutut aku, tapak tangan aku
time dia geram, ikut suka mana dia nak gigit..kadang2 perut aku pun dia gigit
cuma satu yg dia tak gigit, ada lah "susu" dia
oh, sangat bijak okeh..
pandai pulak kan..benda tue tak nak pulak dia gigit..
tapi kalau dia gigit, haruslah aku menjerit bagai nak gile
sbbnyer dia takkan lepaskan okeh selagi aku tak menjerit

sampaikan aku menangis sbb kena gigit dengan anak sendiri..
seyes sakit

da namanya anak kan,..
gigit la banyak mana pun,
aku sebagai mamanya
hanyalah menahan kesakitan
namun utk marah dia, tidak sama skali
sbb aku sangat sayang sama ini budak