ada kawan aku yg saing2 mengandung ngan aku tahun 2009 da pun selamat bersalin anak yang kedua.
kakak aku, tengah tunggu hari bersalinkan anak dia yang ketiga
budak opis aku, 2 orang, saing2 ngandung ngan aku, sedang mengandung anak yang kedua
aku?? tak tahu bila nak ngandung untuk kali yang kedua.
sekali fikir, rasa macam nak mengandung lagi..
dua kali fikir, rasa macam takut nak tempuh saat2 melahirkan baby tu nanti
tiga kali fikir, rasa kesian kat ahmad zahin. tak puas bermanja
fikir2 lagi, nak mengandung la..
tiap kali berfikir, tiap kali tue la berubah2 pendirian aku..
Bila tnya kat abah zahin, abah zahin pun sikit lebih kurang cm aku. siap kata, "abang tak kisah mama nak mengandung lagi, tapi boleh tak kalau kali nie, mama bersalin sorang2. abg takut la"
abah zahin mmg takut ngan darah..aritue terpaksa teman, sbb tak dan nak larikan diri..hahahaha
pada aku sndiri, jujurnya, aku mmg nak mengandung lagi. sungguh indah saat2 mengandungkan zuriat kita. bila aku ingat2 kan kembali saat aku ngandungkan ahmad zahin, tak de susah pun. mabuk, seperti org2 lain. kadang2 je dia dtg tanpa diundang. kadang2 pagi2 buta da buat aku muntah2 hijau, kadang2 tengah2 malam dia buat aku muntah2 hijau, kadang, baru 5minit aku makan gila banyak, dia muntah..aku tak pernah kena simpul karung mcm akak aku kena. pada aku, sepanjang 9bulan 9hari aku mengandung, alhamdulillah, semuanya baik2 belaka.
tapi, buat aku serik adalah, aku takut sekiranya anak yang kedua ini kena demam kuning yg tinggi mcm abang dia aritue..subhanallah..sepanjang pantang, bertemankan airmata je aku nie. ahmad zahin menangis setiap kali diambil darahnyer, aku juga turut menangis. orang lain berhari raya, aku dan ahmad zahin, berhari raya dalam wad di hospital. Orang lain makan jamu waktu pantang, aku? jamu pun tak makan, berurut pun baper ari jer, bertungku apatah lagi..langgar pantang lagi ada. semua tue aku tak ambil peduli. aku hanya pkirkan waktu itu, aku nak demam kuning anak aku segera sembuh. tak daya hati nie mendengar raungan dia tiap kali diambil darah untuk ujian.
mcm-mcm aku pikir untuk mengandung kali yang kedua selepas ini. yang paling penting, aku takut 'kehilangan'. sungguh aku tak boleh terima kehilangan. aku tk pernah merasa keguguran, dan kalau boleh, aku taknak merasakan itu. aku tak kuat..
kalaulah diberikan rezeki pada aku selepas ini, SYUKUR ALHAMDULILLAH. aku terima dengan redha. berapa pun rezeki anak yang allah kurniakan pada aku dan suami selepas ini, insyaallah, aku akan jaga, aku akan didik dengan sebaik yang mungkin.
INSYAALLAH..