si kecik buah hati aku demam. raya cina aritue da demam. panas sgt2. tapi gagahkan jugak bawa balik melaka. sbb da janji nak balik melaka. bawa nenek dia balik kampung. pagi sebelum balik melaka, g klinik dulu amek ubat. suhu tidak tinggi sangat. dapat ubat, balik kampung. sepanjang jalan, si kecik nie tido jer. mungkin kena penangan ubat kan, tu yg dia lalok jer..
smpai kampung, badan dia menjadi semakin panas. sangt2 panas. sampai menggigil2. aku takut. dia nangis, aku nangis..aku tuam badan dia ngan air sejuk, air asam jawa, bagi ubat, letak cool fever, bogelkan dia. smua da aku buat. petang sikit, demam dia kebah. malam datang balik demam panas dia tue, tapi tak teruk. just letak cool fever, tido smpai pagi.
pagi sabtu, g knduri. alhamdulillah si kecik tak demam. balik kenduri, panas balik badan dia. salah aku jugak. aku g bawak dia g kenduri tengah2 panas plak tue..aduiiii
ari ahad, balik kl. badan masih dedar2...
ari isnin dan selasa dan rabu, baik dari demam. cergas sperti biasa.
khamis petang, nenek dia tepon aku, kata si kecik demam balik. panas badan dia. aku da nangis2 kat opis. rasa mcm nak balik jer awal tapi tak boleh. gagahkan diri tuk tunggu petang. kul 6, smpai umah, depan pintu, tak de orang menyambut kepulangan aku. selalu si kecik tue la yg setia tunggu depan pintu pagar. masuk2 umah, panggil ahmad zahin, dia tak menyahut. dok terlantar. ari mata aku da bergenang nie..nampak sangat dia lemah...dia cuma larat lemparkan senyuman je pada aku. si kecik aku nie mmg sangat2 murah dengan senyuman. petang tu jugak aku bawak g klinik. dapat ubat.malam, panas lagi. suhu badan cecah 4o'c. dia nangis, aku nangis. dia langsung taknah berenggang ngan aku. tido pun terkejut2. komperm sok pagi aku bawa gi klinik.
ari jumaat, pagi2 bawa g klinik. dok kata tak demam. tapi aku kata dia demam berbalik. buat test darah. si kecik tau yg dia akan sakit. nampak jarum jer, dia da nangis. pandang abah dia minta simpati. aku? kuatkan ati. sepanjang amek darah tue, nangis jer keje dia..sian si kecik aku. si kecik aku sbnarnya sangat2 kuat. sepanjang dia ada nie, tak penah pun dia nangis bila time dia makan ubat. kali nie, dia demam, sangat2 teruk. tu yg buat aku sayu jer...result darah tak menunjukkan yang ada kuman dalam darah dia. buat test air kencing plak.balik rumah, singgah mc'd. belikan mainan tuk si kecik. seronok dia..petang lepas jumaat, pergi balik klinik . anta sample air kencing. result pun tak menunjukkan yang ada kuman dalam badan dia. sudahnyer dapat ubat. doktor kata, klu ari isnin masih demam, refer terus ke HKL.
ari jumaat, sabtu, ahad, gigih la aku jaga si kecik nie. dia punyer pattern, abis ubat jer, demam pun datang. tinggi plak tue. so, tak leh miss ubat langsung. g tesco, belikan scott emulsion untuk dia. alhamdulillah, berkurang. da tak demam. si kecik pun, makan tanpa banyak songehhh.
memang ini la demam dia yang paling teruk dia pernah kena. dia tak pernah demam tumbuh gigi, tak pernah demam nak bercakap. yang nie, tak tau demam sbb aper. orang kata, budak demam nak pandai sesuatu. pandai aper yer?? nak kata gigi tumbuh, gigi dia da penuh. bayangkan usia baru 1tahun 4bulan, gigi da 18batang. tunggu dan lihat saja, ok..