Mama & Abah Zahin Bersatu

Daisypath Anniversary tickers

budak hensem semakin membesar

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, May 25, 2010

selamat hari lahir, mak

arinie, 25 Mei 2010 adalah hari lahir mak aku..

yang ke baper ek..

jap..kira,kira...mmmm, 54tahun

tahun nie, takdan nak celebrate, tak dan nak beli hadiah

tapi hanya ini yang aku dan..

tarra!!!!!!!

sejambak bunga utk mak


hope, mak suka, OKEH!!!!

LOVE U, MAK!!!


Tuesday, May 18, 2010

tagged

cilok tagged dari mamaelly. heheheh, sori ye kak elly, :-)

Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
apa yang akan aku buat???hmmm, JANGAN MIMPI NAK JADI KAWAN AKU LAGI..sbbnyer, aku benci org yg tikam2 belakang nie..depan aku, kwn baik ngn aku..belakang aku, jadi musuh aku..aku tak de la baik mana, cumanya aku tak buat kat orang mcm tue, so orang lain tak boleh buat kat aku mcm tue..ADIL KAN..

6 orang di hati anda?
abahzahin, ahmad zahin, mak abah aku (dua2 pihak) , dan adik beradik aku..(lebih dari 6, APA KU KESAH, HAK..HAK..HAK..)

Anda rasa anda comel?
tak comel, cuma CANTIK kot..wakakakkaka..gile perasan!!!

Single or taken?
komperm la tak single da...ada anak da weh...

Blog yang anda suka?
paling suka baca tentang semangat kehidupan orang yang diduga..cukup tabik ngan semangat dorang yang kuat tue...I ADORE U!!!
dan blog kwan aku sorang nie..suka sgt..

adakah bilik anda kemas setiap hari?
katil kemas la tiap hari..bilik tue, kadang2..hakhakhak

Lagu terakhir yang anda dengar?
lagu sudirman tapi tak tau plak tajuk dia..MILIK SIAPAKAH GADIS INI..ha!!baru ingat, hakhakhak

Last text message?
takde mesej sbb hp tak bawak,. huhuhuh

Last phone call?
abahzahin..mmg dia je pun orang yang akan ku tepon setiap ari, setiap waktu..hahhaha

Hari terakhir anda menangis?
hari sabtu lepas. nangis sebab ahmad zahin demam..ahmad zahin rilek je demam, mama dia yang nangis2..huhuhuhhu
*cukup takut kalau ahmad zahin sakit, :-(

List lima color favorite anda?
ungu (purple)
jingga (orange)
hijau (hijau lumut)
merah
hitam

Orang terakhir anda ber-YM?
kakak aku aka mama afni

Game paling anda suka?
paper boy..masa kecik2 dulu, gile betul ngan game nie..skarang tak tau wujud lagi ke tak game nie..

Apa perasaan anda jawab tag ni?
mcm best jer..hehehe

Anda rasa tag ini best?
best!!!!

Tag 10 Rakan anda
sesiapa je yang buka blog nie aku tagged ek...

ok, DONE!!!




Tuesday, May 11, 2010

Selamat Hari Ibu

9 Mei setiap tahun adalah hari IBU...

tahun nie, tahun pertama aku meraikan hari ibu..takde celebrate aper pun..abah zahin just wish kat aku jer..dapat peluk cium jer,hahahahah

tahun nie juga, tak celebrate pun hari IBU ngan mak. mak ada FAMILY DAY kat Jeram..

ngan mak mertua pun tak sambut

ngan mama afni pun tak sambut..kakak aku nie sibuk buat aqiqah anak dia yang kedua, AMNA SYAMIMI..

tapi walaupun tak sambut, kesemua IBU yang aku sebutkan disini adalah amat berharga pada diriku..



MAK, kak cha sayang sangat kat mak..walaupun kak cha tak tau mcm ner nak zahirkan betapa sayangnyer kakcha pada mak, kakcha harap mak tak berkecil hati. kakcha sendiri rasa mak tentu faham setiap karenah anak2 mak kan..kak cha dari kecik mmg tak reti nak zahirkan kasih syg kakcha..baik pada mak, baik pada abah , pada kak inah, pada adik2 yang lain..kakcha kan keras orangnyer..degil pun yer..maafkan kakcha mak..mak banyak sangat lakukan pengorbanan untuk kakcha dan adik2 yang lain..sejak melahirkan kakcha, membesarkan kakcha, memberi ilmu pada kakcha..rasa tak terbalas segala jasa2 mak tue..kasih sayang mak mmg tak terbanding mak..sangat2 berharga. semasa kakcha melahirkan ahmad tempoh hari, kakcha terharu sangat mak datang. wlaupun pada mulanya kakcha taknak mak datang. kakcha bukan tak suka mak datang, cuma kakcha taknak mak tengok kakcha menangis..kakcha nak kuat dimata mak..lagipun kakcha taknak menyusahkan mak. mak da la jauh. time puasa plak tue. sok nyer keje..tapi mak redahkan jugak..mak datang jer, kakcha da menangis bagai nak gile..kakcha terharu lihat mak..kalaulah boleh, mak la orang yang kakcha nak minta temankan dalam bilik bersalin..mak urut pinggang kakcha yang masa tue rasa mcm nak patah. dengan kuasa ALLAH, sakit tue hilang mak..sungguh murni kasih seorang mak..patu mak sanggup tunggu sehingga ahmad lahir..mak ngan abah teman kakcha sehingga ke pintu dewan bersalin..kakcha takkan lupa tu semua mak..terlalu banyak pengorbanan yang mak da lakukan untuk kakcha...sempena hari ibu ini, kakcha berdoa agar ALLAH terus pelihara mak yang kakcha sayang nie..semoga ALLAH panjangkan usia MAK kakcha yang sorang nie..sayang sangat2 kat mak..


my family..

(yang tengah tue la MAK kita)


MAK, terima kasih terima aishah seadanya. terima kasih sbb menyayangi aishah seperti mak sayangkan anak2 mak yang lain. terima kasih sbb terima zahin, sayangkan zahin seadanya. terima kasih banyak2 mak. mak adalah MAK MERTUA yang terbaik tuk aishah. mak da terlalu banyak bertolak ansur ngan aishah. mak da banyak tolong aishah. jasa mak pada aishah mmg tak ternilai mak..kasih sayang mak, mmg tak terbayar mak..aishah sayang kan mak mcm mana aishah sygkan mak aishah..aishah mmg jenis tak reti nak zahirkan kasih syg aishah..tapi ketahuilah mak, walaupun aishah mcm nie (kasar) , tapi di sudut hati aishah, aishah SANGAT2 SAYANGKAN mak...

mak mertua ku..TERBAIK WOKKK


KAK INAH aka MAMA AFNI, selamat hari ibu kat ko jugak..semoga terus jadi mak yang terbaik tuk anak2 ko..aku sayang sangat2 kat ko. ko sorang je kakak yang aku ada. aku pun tak penah zahirkan betapa aku sayang kat ko kan..aku ingat lagi dari kecik, aku tak rapat ngan kau..baru2 nie je pun aku rapat ngan kau..sedih woo..kadang2 aku terasa hati..sebab, apa2 ko cari adik2 yang lain, tapi ko tak cari pun aku..mcm la aku ni tak wujud..tapi tak per, aku tak penah pun amek hati tu semua..terasa kejap jer, patu ok balik..:-)


aku cuma nak ko tau, yang AKU SAYANG2 SANGAT KAT KO jugak..tu je..


*gambar takde la..






dan selamat hari ibu kat aku jugak...









Monday, May 10, 2010

vote for AHMAD ZAHIN

wah...bersawang la aku nyer blog..


bukan malas okeh mau update ini diary, tapi kekeringan idea la..


lepas kejadian zahin jatuh katil, aku lebih berhati2..


malam2 tido berpelukkan zahin

(abah zahin tido berpelukkan bantal)


da takde msa nak online fb, buka blog la bagai di malam hari


di siang hari plak, tuan chairman sudah ada


tidak memungkinkan aku tuk menatap tenet lebih la


(line tak baper clear,OKEH)
merujuk kepada tajuk diatas (mcm buat surat rasmi da), sila la buka laman ini ok, http://www.majalahpama.com.my patu cari undi bayi bulan ini, cari nama AHMAD ZAHIN BIN MOHD FAHMI, patu VOTE la banyak2 okeh..hahahahhaa
*da upah kawan2 abah zahin, adik beradik aku tuk vote
sekian, terima kasih..hehehehe

Monday, May 3, 2010

jatuh katil



pagi sabtu, aritue zahin jatuh katil..subhanallah

kita org bertiga (aku, abah zahin dan zahin) tido atas katil. tinggi gak la katil tue. mak mertua aku ckp da, katil tue tinggi. bahaya kalu zahin jatuh. aku ckap la, insyallah tak jatuh sbb aishah ada..sudahnya, ari sabtu tue, akibat kelalaian aku, zahin jatuh katil..menggigil aku. benda yang aku taknak jadi, jadi gak akhirnya. sebelum nie berkali da zahin asik tuju je hujung katil. tapi berkali tue jugak aku dapat tarik dia..ntah pagi sabtu tue, aku ngantuk. best sangat agaknya layan tido lama2 time cuti kan..sudahnya anak aku terjun dari katil..gile kuat bunyi dia..

zahin nangis beriyer...jarang sungguh dia nangis macam tue..

gigil2 tangan aku nie, pujuk dia..da nama nya anak mak kan..senang je dipujuk, tapi nak dipujuk oleh aku la...kalau org lain, meronta2 dia..

sudahnya, dahi benjol..sebesar telur tue..mak mertua aku tuamkan ngan ais,..kurang da dia nyer bengkak..pujuk dia, mandikan dia,bg dia makan, main ngan dia...da elok..GOOD BOY..

sumpah, aku taknak benda ni berlaku lagi..biarlah aku ngantuk, biarlah aku tak tido sekalipun, namun utk anak aku jatuh lagi atas kelalaian aku, tidak akan aku biarkan...

to zahin, maafkan mama sayang..


tak lama lepas dia jatuh
*seharian aku trauma tengok katil aku..dalam hati rasa mcm nak maki2 je katil tue sbb bagi zahin jatuh..gile kan aku..hukhukhuk