hari ahad ketiga dalam bulan JUN adalah HARI BAPA. so, tahun nie, jatuh pada 19.6.2011.
hari bapa tahun nie, alhamdulillah, aku dan adik beradik dapat berkumpul di rumah keluarga aku untuk menyambut hari bapa tahun nie. takde kek, takde hadiah. setakat kumpul, makan bbq da cukup bermakna, da cukup meriah...makan bbq dicampur dengan nasi goreng mak aku yang paling sedap atas muka bumi ni da cukup mengeyangkan aku smpai sok pagi. mana tak kenyang kan, makan bagai nak gile, wakakakka
so, pada abah, selamat hari bapa kak cha ucapkan pada abah. walaupun abah tak dpat nak baca apa yg kakcha coretkan ini, tapi kak cha nak tulis jugak. buat tatapan kakcha dihari tua nanti.
abah, kak cha sayanggg sangat pada abah. abah lah satu2 nya abah yang kakcha ada dalam dunia ini. segarang mana abah, kak cha tetap sayang abah. terima kasih atas segala pengorbanan abah pada kak cha dan adik2 yang lain sehingga kami jadi seperti ini. dapat berbakti pada mak dan abah. semoga allah panjangkan usia abah untuk abah terus menikmati keindahan hidup bersama kami, anak2 abah dan cucu2 abah..INSYAALLAH..
untuk abang aka abah zahin,
selamat hari bapa jugak mama ucapkan pada abang. maaf, mama takde daya nak ucap berdepan dengan abang kerana sudah pastinya, air mata yang akan mengalir dahulu sebelum kata2 dapat mama ungkapkan untuk abang. mama sayang sangat pada abang. terima kasih atas segala pengorbanan abang untuk mama dan anak kita, ahmad zahin. terima kasih diatas keberanian abang menemani mama semasa mama nak lahirkan anak kita. tanpa keberanian abang, mama pasti mama jugak takkan berani untuk menempuh saat2 melahirkan anak kita yang sangat2 comel dan banyak akal sekarang. semoga allah panjangkan usia abang untuk terus melindungi mama dan anak kita, terus menyayangi mama dan anak2 kita. abang adalah ABAH yang terbaik untuk anak2 kita. INSYAALLAH..