Mama & Abah Zahin Bersatu

Daisypath Anniversary tickers

budak hensem semakin membesar

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, September 30, 2010

cerita hari ini

hari nie, pepagi lagi da lambat g keje..sbabnyer, pagi2 lagi ahmad zahin da ngamuk2. bontot dia melecet. da keje nyer berak jer..smalm je, nak 8kping pampers sehari aku tukarkan untuk dia. asik berak jer..cair lak tue. mungkin panas dalam kot. budak2 kan, nak buang sakit dia melalui bahan buangan mcm air kencing & najis.

sampai opis, baca paper..keluar lagi citer pasal bayi meninggal tersedak susu..subhanallah..dulu, keluar kat paper pasal buang bayi, dera bayi, la nie, bayi meninggal tersedak susu lak tue.. meninggal kat tempat asuhan...

Dorang nie jaga anak orang mcm mana yer?? usia 3 bulan, da diletak dalam buai, smbil ada botol dalam mulut dia. even anak aku yg setahun tue pun, aku bagi dia menyusu botol dulu baru tidorkan dia dlm buai tau. dorang nie amek mudah jer kan..subhanallah..cuba la jaga anak tue mcm jaga anak sndiri..mungkin tu da ajal kan, tapi kalau kita lebih berhati2, mungkin benda tu boleh dielakkan..

aku penah jugak anta anak aku untuk orang jaga. org tue, orang siam thailand lagi yang jaga. alhamdulillah, dia jaga baik anak aku. tak tau la kan sbb aku anta anak aku sebulan je pun. tapi masa dia jaga tue, pagi2 aku anta, tak de la aku mandikan sbb sejuk. bekalkan dua pasang baju, dan 5 helai pampers, dan tiga sukatan utk susu dia. bila petang aku balik, aku nak amek anak aku, anak aku tu da siap mandi. siap berbedak mcm hantu..gile putih anak aku. pampers pulak abis dipakai..tak kisah pun abis sbb tau dia tukar pampers anak aku selalu, susu pun abis. anak aku pun, happy je aku tgok dok main ngan org yg jaga dia tue..

bila turn kakak aku punyer anak, abis kena ruam pampers sbb nya seharian tukar pampers hanya sekali iaitu time mandi pagi,.. bayangkan baper lama punye pampers tue..teruk tau anak buah aku tu punyer ruam. ngan adik dia yg usia 5bulan pun kena skali. makcik tue berdua ngan suami dia amek upah jaga anak orang. anak org yg dia jaga tu adala berbelas orang (bayi & kanak2)..alasan dia tak cukup tangan nak tukarkan pampers slalu..da tue, naper amek ramai sngt budak utk dijaga?? agak2 la pun..

yang kuar paper banyak tue, yang tak kuar paper yang kehilangan anak disebabkan kecuaian dalam menjaga anak2 mereka tak tau berapa ramai..

kalaula zaman sekarang nie, cukup sekadar suami je yang berkerja, aku rasa, mostly semua ibu2 di malaysia ni sanggup berhenti kerja demi menjaga anak mereka tau.. masalahnyer, tak cukup kalau sorang je yang berkerja..

* anak kedua aku nanti, terpaksa la anta kat orang utk jaga sbbnya nenek dia da tak larat nak jaga..mmm, dilema, dilema..takut terkena kat aku..minta dijauhkan..

Wednesday, September 29, 2010

nak ini..


agak2, dapat tak ianya menjadi milik kami..tunggu dan lihat saja, okeh..

oh, sungguh teruja..lalalallala


Monday, September 20, 2010

aku beraya taun nie


raya taun nie giliran beraya di kampung sebelah abah zahin di melaka. mula2 rasa mcm tak best. ati nie meronta2 nak balik beraya ngan kuarga aku. dorang raya kat pahang. best, ramai sedara mara aku kat sana, tapi nak wat cmner kan..da giliran dia taun nie..takkan nak main tipu plak kan. mak mertua aku pun da tak sabar nak balik kampung nak beraya. bayangkan la, lagi 3 ari nak balik kampung, beg pakaian dia da siap. gile semangat. aku gak la, yang terhegeh2 baru nak kemas. jam tu nak balik, jam tu gak la nak kemas.

da namanya kemas last minute, sudahnya ada gak yang tertinggal. satu beg perfume + mekap aku yang tertinggal lak tue. adus. haru betul. sudahnya pagi2 buta, selepas sembahyang raya (aku tak g pun semayang raya, haha), aku, abahzahin ngan zahin pergi terjah jj melaka yang besar gabak tue semata2 nak cari perfume baru. Rm350 weh terbang duit kitaorg gara2 beli perfume baru tuk abah zahin dan mekap aku. kan tak pasal2 jer..

kitaorg balik melaka sehari sebelum hari raya. gerak da kul 6petang. jawabnyer berbuka di tepi jalan. best jugak berbuka di tepi jalan nie. lain dari yang lain. siap piknik lagi..

raya taun nie , waner tema keluarga aku, waner coklat. baju raya nenek zahin pun kitaorg belikan waner yang sama.

so far, seronok jugak beraya ngan kuarga sebelah abah zahin. yerlah, taun pertama kan..taun sudah, beraya di pahang. tak raya pun sbb tengah pantang. taun nie, raya kow2 punyer..baju raya kitaorg jer berpasang2..hahahah..aku, 3 pasang, abah zahin, 4 pasang, ahmad zahin, berpasang2..hehehe

raya taun depan, giliran kampung aku pulak..ye,ye..



mama
abah

* tahun depan, nak waner aper pulak eh..mmmmm

Monday, September 6, 2010

jumpa dia

terjumpa kawan lama di facebook
terkejut sebenarnya
sbb tak expect pun dia ada facebook
tak salah pun dia ada facebook atau tak
cuma terpikir2, tertanya2
nak add dia ke tak eh
tak add lagi
cuma da sent message
sbb tak nak kawan baik dia dpt trace aku
tapi for sure dia akan citer pada kawan baik dia tue
dia kawan baik pada dia
tapi musuh ketat aku
suka cari gaduh ngan aku
apa pekdah pun aku tak faham..
mmmmmmmm
*ramai gile kawan2 lama aku di facebook